Rehlah Pemuda Hulu Langat himpun tenaga belia

Rehlah ini menyasarkan warga belia yang sudah pun menamatkan pengajian di alam IPT, iaitu mereka yang sudah bekerja dan sedang menyambung ke peringkat Master dan ke atas. Kebanyakan mereka ini tergolong juga daripada keluarga muda yang rata-rata mempunyai anak-anak kecil.

Rehlah ini turut meraikan kehadiran perpindahan ahli baru di kalangan pemuda yang berpindah dari daerah lain ke Hulu Langat dan akan menyumbang tenaga di sini. Kebanyakan mereka mempunyai pelbagai latarbelakang pendidika sama ada yang tamat belajar daripada IPT tempatan, Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun atau Timur Tengah.

Kira-kira 50 orang hadir di kalangan belia hadir ditambah pula dengan 30 anak-anak, melibatkan 20 keluarga muda dan 6 orang yang belum berkeluarga di mana kebanyakannya sudah berada dalam tarbiah IKRAM.

Antara tetamu jemputan dalam Rehlah Pemuda adalah Timbalan YDP IKRAM Hulu Langat, Prof Madya Dr Hariffin Busroh bersama-sama dengan isteri yang juga Ketua Wanita IKRAM Hulu Langat, Puan Hamisah Abd Mubin yang memberi kata-kata semangat kepada peserta yang hadir. Hidangan barbeku turut menjadi hidangan istimewa untuk makan tengahari di samping bermandi-manda bersama anak-anak.

Selesai rehlah, pihak penganjur iaitu Pemuda IKRAM Hulu Langat meletakkan harapan bahawa melalui pertemuan ini akan menjadi titik permulaan kepada lebih banyak lagi pertemuan di medan amal dan membantu daerah dalam melaksanakan proses tarbiah dan dakwah yang telah diatur. Selain itu, melalui pertemuan ini juga pemuda akan mampu mengoptimumkan dan memanfaatkan sumber tenaga pemuda bagi menggerakkan program-program IKRAM di Hulu Langat.

Sumber: http://ikramhululangat.blogspot.com/2012/01/rehlah-pemuda-pembuka-2012.html#more

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia