Ahli IKRAM dianugerah Tokoh Wanita Saudara Muslim Kebangsaan 2011

Anugerah tersebut telah disampaikan dalam Konvensyen Saudara Muslim Peringkat Kebangsaan 2011 pada 24 Disember 2011 yang lalu di Primula Beach Hotel di sini.

Wardatul Iman yang berketurunan Sikh, merupakan guru pakar Bahasa Inggeris di Sekolah Tahfiz Al-Islah (STAIL), Tasek Gelugor iaitu salah satu sekolah rangkaian MUSLEH. Beliau adalah isteri kepada kepada Guru Besar STAIL, Ustaz Ahmad Fahmi Abu Bakar. Beliau juga merupakan mantan Guru Besar STAIL.

Wardatul Iman yang berkelulusan Bahasa Inggeris dan suami, Ustaz Fahmi yang berkelulusan Al-Azhar adalah antara ahli IKRAM yang mewakafkan diri untuk membangunkan STAIL yang turut dibuka untuk pelajar pra-tahfiz (5 dan 6 tahun).

Konvensyen tiga hari anjuran JAKIM ini bertujuan mempertemukan Saudara Muslim untuk bertukar-tukar pengalaman  serta memperoleh maklumat  yang berguna dalam menjalani kehidupan seharian seorang Muslim, di samping memantapkan pengetahuan Saudara Muslim dalam memenifestasikan Islam sebagai cara hidup.

Tahniah diucapkan kepada Puan Wardatul Iman, juga kepada suami yang sentiasa menyokong usaha beliau mendidik generasi muda. Semoga menjadi contoh kepada semua sebagai wanita Saudara Muslim yang cemerlang dalam dakwah dan menyumbang jasa kepada masyarakat.

Sumber gambar: JAKIM

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia