Rumah terbuka pererat ukhuwah, melonjak dakwah
SERI KEMBANGAN – Sambutan Aidilfitri di Malaysia begitu unik berbanding negara lain. Uniknya kerana tradisi rumah terbukanya yang diadakan sepanjang Syawal oleh sebahagian umat Islam yang berkemampuan. Sebahagian IKRAM Negeri turut tidak terlepas mengambil peluang tersebut untuk mengeratkan ukhuwwah sesama ahli dan membina hubungan dengan penduduk setempat.
Pemuda IKRAM Hulu Langat ‘beraya’ bersama mahasiswa
HULU LANGAT – Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Pemuda IPT IKRAM Hulu Langat telah dilaksanakan dengan jayanya pada Jumaat, 18 Syawal 1432H bersamaan 16 Sept 2011 mulai jam 9.30 pagi hingga 12 tengahari di perkarangan Sekolah Menengah Al-Amin, Bangi di sini.
Hi-Tea Amal RS: Hiburan disaji, ilmu dikongsi
SHAH ALAM – Majlis Hi-Tea Amal anjuran Raudhatus Sakinah telah diadakan pada Sabtu 24 September lalu di Shah Alam Convention Centre (SACC) dengan kehadiran YTM Tengku Besar Terengganu, Sharifah Nong Alsegoff dan keluarga, Naib Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Induk RS dan 500 hadirin yang lain.
Eidul Fitri IKRAM SJ: Pejabat baru, ahli baru
SUBANG JAYA – Majlis Sambutan Eidul Fitri IKRAM Subang Jaya (IKRAM SJ) telah dilaksanakan dengan jayanya pada Ahad, 13 Syawal 1432H bersamaan 11 Sept 2011 mulai jam 2.00 petang hingga 6.00 petang di perkarangan pejabat IKRAM SJ yang baru di Putra Heights di sini.
KRS MUSLEH anjur Kursus Pentauliahan dan Kursus Kemahiran
SUNGAI PETANI – Kadet Remaja Sekolah (KRS Musleh) telah menganjurkan Kursus Pentauliahan Pegawai Pengurusan KRS Musleh dan Kursus Kemahiran Kadet Remaja Sekolah pada 29 Mei – 1 Jun yang lalu di Pusat Pendidikan Al-Islah (PPAI) di sini.
Pemansuhan ISA: Langkah awal menuju negara adil, sejahtera dan berlandaskan Islam?
1. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menerima baik pengumuman YAB Perdana Menteri untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dan Akta Buang Negeri 1959 serta menamatkan penguatkuasaan tiga proklamasi darurat; juga hasrat untuk mengkaji semula secara komprehensif Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta seksyen 27 Akta Polis 1967.