Hi-Tea Amal RS: Hiburan disaji, ilmu dikongsi

Dr Harlina yang juga AJK Pusat Pertubuhan IKRAM Malaysia berkata dalam ucapannya, sepanjang 13 tahun beroperasi, RS telah berjaya membimbing 557 orang remaja kembali menghayati cara hidup Islam. RS yang mempunyai cawangan di Selangor, Kelantan, Pulau Pinang, Melaka dan Johor juga melebarkan program penerangan “Anda Bijak Jauhi Zina” (ABJZ) sejak tahun 2007. Sehingga tahun 2010, katanya, jumlah alumni peserta ABJZ telah melebihi 10,000 orang.

Majlis dimulai dengan puisi pembukaan oleh pengacara majlis, Wardina Safiyyah. Kemudian, majlis diserikan lagi dengan persembahan artis-artis terkenal seperti In-Team, Aisyah dan juga kumpulan Demascus. Lagu-lagu popular ‘Nur Kasih’ (In-Team) dan ‘Cinta Beralih Arah’ (Aisyah) kembali menjadi halwa telinga hadirin di sebalik seni katanya yang berunsur nasihat.

Acara utama dalam majlis ini adalah forum bicarawara “Indahnya Harga Diri” oleh pakar motivasi terkenal, Dr Rubiah K Hamzah dan agamawan Ustaz Dr Zahazan Mohamed yang dipengerusikan oleh Wardina. Menurut Dr Rubiah K Hamzah, harga diri seorang manusia bukan diukur pada penampilan fizikalnya semata-mata, namun jasad dan anggota zahir membentuk sebahagian daripada komponen harga diri tersebut. Dua komponen lain ialah akal yang menimba dan mengamalkan ilmu pengetahuan, selain kemahiran EQ yang melibatkan emosi dan spiritual.

Beliau mengingatkan betapa pentingnya peranan bapa dalam membangunkan harga diri anak-anak, menanam nilai dan sistem dalam keluarga serta menjadi pelindung daripada ancaman dunia dan api neraka. Beliau juga banyak mengongsikan pengalaman mengendalikan kes-kes remaja yang bermasalah dan dibuang keluarga sendiri.

Ustaz Zahazan pula mengatakan bahawa sifat malu amat penting kerana ia dapat membentengi diri daripada melakukan sesuatu yang melanggar perintah Allah. Beliau menceritakan sifat malu sahabat Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang bernama Tsa’labah, secara tidak sengaja terpandang aurat seorang wanita sedang mandi dalam rumah berasa sangat bersalah sehingga melarikan diri ke hutan selama 40 hari sambil beristighfar mengharapkan keampunan daripada Allah.

Apabila ditemui, beliau berada dalam keadaan lemah. Walaupun Rasulullah menerangkan beliau tidak bersalah, Tsa’labah tidak sanggup menatap wajah baginda yang menziarahinya dan beberapa hari kemudian beliau meninggal dunia. Ustaz Zahazan turut menyarankan hadirin supaya menghidupkan sifat malu ini dengan empat cara, iaitu tidak berfikir tentang maksiat, menjaga perut daripada memakan benda-benda yang haram, mengetahui bahawa kita semua akan mati dan tidak menyibukkan diri dengan manusia sebaliknya menyibukkan diri dengan Allah.

Forum tersebut berjaya meruntun hati para hadirin yang tidak berganjak menghayati intipati yang disampaikan dua panel tersebut hingga ke akhir majlis. Majlis Hi-Tea Amal Raudhatus Sakinah ini berjaya mengumpulkan sumbangan kira-kira RM150,000 hasil ‘jualan’ meja dan kerusi kepada para tetamu, sebagai dana untuk perbelanjaan operasi dan pengurusan untuk lima buah pusat bimbingan RS di lima negeri.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia