Ziarah Baitulmaqdis untungkan Israel – BDS Malaysia

“Walaupun ada golongan Palestin yang akan mendapat manfaat daripada lawatan tersebut (seperti pemilik kedai dan pembantu pelancong), namun secara umum dan jangka panjang, ia akan lebih menguntungkan rejim Zionis Israel yang mahu mewujudkan normalisasi hubungan di antara Israel dan negara lain.”

“BDS ingin menyatakan pendirian bahawa kami tidak bersetuju dengan lawatan tersebut,” tegasnya dengan menambah, ziarah tersebut tidak membantu dalam usaha memboikot negara Israel.

Jelasnya lagi, semua pelawat ke Baitulmaqdis mesti mengisi borang imigresen Israel dan Israel akan menggunakan trend kemasukan pelawat ke kawasan di bawah kawalannya sebagai bukti bahawa negara Israel (yang bagi mereka adalah termasuk Tebing Barat) adalah aman dan terkawal.

“Israel akan dengan bangga mengumumkan kepada dunia bahawa pelancongan ke Israel telah meningkat dan akan menggalakkan lebih ramai orang asing menziarahi Baitulmaqdis untuk menaikkan imej Israel.”

Oleh itu, jelas BDS Malaysia, pihaknya bersetuju dengan pendirian gerakan BDS antarabangsa yang menyatakan bahawa hanya rakyat Palestin yang wajar menziarahi Baitulmaqdis (termasuk Masjid Al-Aqsa). Semua warga negara lain adalah tidak wajar menziarahi Baitul Maqdis dan mana-mana kawasan di bawah kawalan rejim Zionis Israel.

“Pengecualian hanya diberikan kepada individu atau kumpulan yang boleh membuktikan bahawa lawatan mereka akan memberikan keuntungan secara langsung kepada gerakan anti Israel contohnya wartawan yang masuk untuk melaporkan kekejaman rejim Israel terhadap rakyat Palestin.”

Tambah BDS Malaysia, pendirian ini adalah selaras dengan fatwa ulama Islam yang terkenal di dunia termasuk Syeikh Yusuf al-Qaradawi yang berpendapat bahawa selagi Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa adalah di bawah kawalan rejim Zionis Israel, menziarahinya adalah dilarang kerana hanya akan memberikan keuntungan dalam pelbagai segi kepada Israel.

Sumber: BDS Malaysia | Kredit foto: The Telegraph

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia