IKRAM Hormati Proses Mahkamah dan Tegaskan Komitmen Terhadap Integriti

IKRAM Hormati Proses Mahkamah dan Tegaskan Komitmen Terhadap Integriti

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengambil maklum bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan pertuduhan terhadap seorang bekas petugas IKRAM Kawasan Hulu Selangor di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 berhubung dakwaan salah guna kedudukan melibatkan dana berjumlah RM98 juta.

IKRAM menghormati sepenuhnya proses undang-undang yang sedang berjalan. Sepanjang siasatan dijalankan, IKRAM telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dan akan terus memberikan kerjasama yang sewajarnya dalam proses perbicaraan nanti.

Semua pihak, khususnya ahli-ahli IKRAM dan masyarakat umum, diminta menghormati proses perundangan yang sedang berjalan serta mengelak membuat sebarang spekulasi.

Sebagai sebuah organisasi, IKRAM turut terkesan akibat dakwaan penyelewengan dana ini, termasuk dari sudut reputasi, keyakinan masyarakat serta perjalanan aktiviti dan khidmat kepada masyarakat.

IKRAM memandang serius sebarang perkara yang melibatkan amanah awam dan sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab, akan terus memperkukuh proses dalaman organisasi, termasuk aspek tadbir urus dan kawalan kewangan.

IKRAM kekal komited untuk meneruskan misi dakwah, tarbiah, khidmat dan islah, termasuk pendidikan dan pemerkasaan komuniti serta khidmat kepada masyarakat.

Haji Badlishah Sham Baharin
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia