Pandora Papers Malaysia: Watak-Watak Di Dalamnya

Pandora Papers Malaysia: Watak-Watak Di Dalamnya | IKRAM

Biarpun sudah hampir sebulan sejak pendedahan Pandora Papers berlalu, kehangatannya masih lagi terus diperkatakan. 

Terdahulu, Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga telah mengemukakan usul bincang tentang pendedahan Pandora Papers kepada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun.

Namun, cadangan ini telah ditolak atas alasan ia bukan platform yang sesuai dan banyak perkara lebih utama yang perlu dibahaskan di Dewan Rakyat. 

Siapakah ‘watak-watak’ dari Malaysia yang dipetik dalam laporan Pandora Papers?

1. Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Aziz (Menteri Kewangan)

Pada tahun 2009, Tengku Zafrul pernah dilantik menjadi salah seorang pengarah Capital Investment Bank (Labuan) Limited. Ia merupakan sebuah bank yang diklasifikasikan sebagai firma luar pesisir.

Ekoran pendedahan hal ini pada tahun 2013, bapa saudara Tengku Zafrul, Raja Nong Chik Zainul Abidin yang juga merupakan seorang menteri ketika itu mengakui keluarganya mempunyai firma pemegang amanah luar pesisir tetapi dibatalkan pendaftarannya kerana tiada pelaburan yang dibuat. 

2. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (Presiden UMNO) 

Ahmad Zahid telah dilantik menjadi salah seorang pengarah firma bernama Breendon Limited di Kepulauan Virgin Britain pada tahun 1996. Firma ini kemudiannya bertukar nama kepada Rising Resources Limited pada November tahun yang sama. 

Pada tahun 1999, syarikat tersebut mempunyai modal saham hanya sebanyak USD50,000 dengan tanpa diketahui jenis perniagaan yang dijalankan.

Syarikat ini juga dibatalkan pendaftarannya beberapa tahun kemudian kerana tidak aktif. Syarikat ini pernah menerima konsesi dari Kepulauan Virgin Britain untuk melaksanakan projek namun keuntungannya tidak boleh dibawa keluar. 

3. Yamani Hafez Musa (Timbalan Menteri Kewangan) 

Yamani Hafez merupakan anak kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman. Pada tahun 2013, beliau telah dilantik menjadi salah seorang pengarah Great Ocean Consultants di Kepulauan Virgin Britain bersama adik-beradiknya. 

Syarikat ini telah dijual kepada seorang usahawan bernama Mau Kam Wai pada tahun 2016. Simpanan terakhir syarikat tersebut sebelum dijual pada tahun 2016 adalah sebanyak USD310,000 di akaun Deutsche Bank. 

4. William Leong (Bekas Bendahari Parti Keadilan Rakyat) 

William Leong dan isterinya, Alice Chan Ai Lee pernah menjadi pentadbir dan pengarah Collister Holding Ltd di Jersey pada tahun 2009. Syarikat ini mempunyai saham bernilai USD50,000.00 tanpa sebarang petunjuk urus niaga yang dilakukan. 

Menurut peguam William, syarikat tersebut digunakan untuk mengurus pendapatannya sebagai ekspatriat yang ketika itu bertugas di Filipina. 

5. Mahmud Abu Bekir Abdul Taib (anak Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Abdul Taib Mahmud) 

Nama beliau disebut sebagai salah seorang pengarah syarikat keluarganya, BVI Rondinmass Incorporated. Beliau kemudian dilaporkan telah mengambil alih syarikat tersebut pada April 2009.

Melalui syarikat ini, keluarga Taib telah memiliki pelbagai hartanah di Seattle, Amerika Serikat bernilai hampir USD35 juta. Salah satu hartanah tersebut menempatkan ibu pejabat FBI.

6. Muhammed Amir Zainuddin Daim dan Muhammed Amin Zainuddin Daim (anak Tun Daim Zainuddin)

Ketika usia belasan tahun, mereka berdua telah dilantik menjadi pemegang saham NewtonInvest & Finance Limited (BVI) pada tahun 2007 yang memiliki hartanah di London bernilai sekitar GBP10 juta. 

Isteri ketiga Daim, Naimah Abdul Khalid yang juga merupakan ibu kepada Amir dan Amin adalah pemegang saham bersama syarikat tersebut. 

Dilaporkan pada tahun 2017, kedua-dua adik-beradik ini menjadi pemilik beberapa syarikat luar pesisir yang antaranya dikenal pasti sebagai Splendid International Ltd (BVI). Syarikat ini dilaporkan memiliki hartanah di London dianggarkan bernilai GBP12 juta. 

Tanda tanya

Hakikatnya memiliki atau terlibat dengan syarikat pesisir pantai di luar negara tidaklah menyalahi undang-undang. Namun yang menjadi tanda tanya, untuk tujuan apakah individu individu ini memiliki atau terlibat dengan syarikat pesisir pantai di luar negara? 

Apakah transaksi melalui syarikat-syarikat ini melibatkan aliran tunai dari Malaysia? Lebih menarik, bagaimana dan dari mana individu-individu politikus ini memperolehi jutaan ringgit bagi transaksi yang dilaporkan? 

Muhannad Jamil
Perunding Takaful
Aktivis IKRAM Negeri Sembilan

Penafian: Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian IKRAM.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia