Wan Noor Speaker Thailand, Laluan Sukar Pita Jadi PM

Wan Noor Speaker Thailand, Laluan Sukar Pita Jadi PM | IKRAM

Setelah berlangsung pilihan raya umum (PRU) Thailand pada 14 Mei lalu, Ketua Parti Prachachat, Wan Muhammad Noor Matha atau Wan Noor telah dipilih sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu pada 4 Julai lepas.

Beliau menang tanpa bertanding selepas menjadi satu-satunya calon yang dikemukakan nama untuk jawatan tersebut. Pemilihannya akan disahkan selepas diperkenankan oleh pihak diraja.

Pencalonan Wan Nor dibuat oleh Pita Limjaroenrat apabila dewan memulakan sesi pertamanya yang dihadiri oleh 496 wakil daripada 500 orang.

Langkah pencalonan Wan Muhammad Noor Matha, 79, dilihat sebagai tindakan kompromi antara rakan perikatan Move Forward dan Pheu Thai yang telah berselisih sejak beberapa minggu berkenaan  jawatan Speaker tersebut. 

Move Forward dan Pheu Thai merupakan dua parti yang memenangi kerusi parlimen terbanyak dalam PRU tersebut. Parti Prachachat yang diketuai beliau sebelum ini menyokong Parti Move Forward dalam cubaan membentuk kerajaan gabungan.

Peranan Wan Nor sebagai Speaker akan mengambil tanggungjawab penting melibatkan kelulusan rang undang-undang dan masa pengundian bagi melantik Perdana Menteri.

Maka, antara tugas terpenting pertama beliau selepas ini adalah memanggil sidang parlimen bagi memilih perdana menteri Thailand baharu.

Perlantikan beliau sebagai Speaker merupakan langkah penting ke arah pembentukan kerajaan baharu Thailand.

“Saya akan berkhidmat secara neutral,” katanya pada sesi Dewan Rakyat tersebut.

“Saya akan menjalankan tugas dengan adil, dengan ketelusan dalam mempertimbangkan draf undang-undang dan petisyen demi memperbaiki kehidupan semua rakyat Thailand,” ujar beliau.

Siapa Wan Noor?

Wan Noor merupakan warga daripada etnik Melayu Islam yang berasal dari Narathiwat, Thailand yang kebanyakannya beragama Buddha. Ini adalah kali kedua beliau dipilih sebagai Speaker Dewan Rakyat. 

Sebelum ini, Wan Noor pernah dipilih menjadi Speaker pada November 1996 hingga Jun 2000. Selain itu, beliau juga pernah memegang beberapa jawatan menteri dan menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Dalam pada itu, beliau juga merupakan pengasas Wahdah iaitu sebuah kumpulan kecil ahli politik Muslim dari wilayah-wilayah Selatan Thailand.  

Gagal raih majoriti

Selepas rakyat Thailand selesai mengundi pada PRU lalu, mereka masih menunggu-nunggu pelantikan Perdana Menteri Thailand yang baharu.

Ekoran kekalahan besar Parti United Thai Nation yang disokong tentera, Perdana Menteri Prayuth Chan-o-cha mengumumkan persaraannya daripada politik pada Selasa, setelah berkuasa hampir sedekad.

Selepas undian rakyat, parlimen yang terdiri daripada 250 anggota senator yang dilantik sepenuhnya oleh tentera akan mengambil undi seterusnya menentukan pencalonan perdana menteri. 

Move Forward Party (MFP) yang dipimpin Pita Limjaroenrat telah memenangi kerusi terbanyak iaitu sebanyak 152 kerusi dalam PRU lalu. Pita telah membentuk gabungan bersama beberapa parti lain bagi membentuk kerajaan baru.

Namun begitu, beliau berdepan cabaran gentir untuk memperoleh sekurang-kurangnya 376 undi daripada 749 Ahli Parlimen dwidewan (249 ahli Dewan Negara dan 500 ahli Dewan Rakyat).

Terkini, dalam pengundian Parlimen Thailand pada Khamis, Pita gagal memperolehi undi yang mencukupi untuk menjadi perdana menteri daripada Parlimen Diwkameral apabila kekurangan 51 undi.

Pemimpin Parti Move Forward (MFP) tersebut mengatakan, beliau tidak akan berputus asa dan akan menyusun semula strategi mengumpul sokongan bagi memenangi undian perdana menteri seterusnya. Dijangka Parlimen akan mengundi semula pada minggu depan.

Basmin Maarof
Pegawai Jabatan Komunikasi Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia