Islam telah meletakkan wanita pada martabat yang amat tinggi. Ketika dunia merendahkan taraf dan hak wanita, Rasulullah saw datang untuk memulia dan meletakkan wanita pada kedudukan yang amat mulia. Islam telah memuliakan wanita sebagai pasangan lelaki yang sama-sama ditugaskan membangun dan memakmurkan dunia ini sebagai khalifah Allah swt..
Namun begitu sering terdapat salah faham tentang kedudukan dan kemuliaan wanita Islam ini.
Pada satu ekstrim, terdapat kelompok feminis radikal yang mahukan kebebasan dan kesamarataan mutlak bagi wanita dengan alasan kononnya Islam telah mengongkong dan tidak memberi hak yang adil dan saksama kepada wanita. Hak wanita menjadi saksi dan perwarisan yang tidak sama dengan lelaki sering dijadikan hujah.
Pada satu ekstrim yang lain pula terdapat kelompok yang memberi interpretasi yang amat konservatif tentang wanita dalam Islam Mereka melihat wanita sebagai golongan yang hanya perlu tunduk dan patuh, tanpa syarat, kepada apa-apa sahaja yang dikehendaki oleh kaum lelaki dan suami sambil meremeh-remehkan segala hak dan keadilan yang sebenarnya yang diberikan oleh Islam.
Islam mengajak umatnya menjadi umat yang sederhana (wasath).
Wacana Wanita IKRAM insyaAllah akan mengupas perkara ini. Wacana ini akan, insyaAllah, membuka minda kita serta memberi kefahaman yang tepat tentang kedudukan, hak dan peranan wanita sebagai rakan kongsi yang penting kepada kaum lelaki bagi membangunkan dunia ini sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi ini….
Sila daftar online pada ainon.kisas@gmail.com
atau sms ke 013-3609691 (Ainon) atau 019-2852275 (Siti Khadijah)
sebelum/pada 8 Mac 2012 jam 12 tengah malam.
Nyatakan nama penuh, negeri/daerah, & no telefon.
Terima kasih.