Vaksinasi adalah ikhtiar kita

Wabak koronavirus yang mula dikesan sekitar pertengahan Disember 2019 di Wuhan, Hubei, China telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Mac 2020. 

 

Wabak yang berpunca daripada koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2) tidak dapat kita nafikan, telah memberikan pelbagai kesan di peringkat global.

 

Tiada satu tempat pun di pelusuk dunia ini yang terlepas daripada ancaman wabak tersebut. Pastinya akan terus berada dalam lipatan sejarah apa yang berlaku kepada dunia pada hari ini.  

 

Pelbagai usaha dilaksanakan bagi mengekang penularan wabak termasuk sekatan perjalanan, kuarantin, penangguhan dan pembatalan acara serta penutupan kemudahan.

 

Dengan segala usaha ini diharapkan agar bilangan kes harian akan terus menurun, namun sangat malang kerana peningkatan dilihat terus mencanak naik umpama cendawan tumbuh selepas hujan. 

 

Pandemik ini tentu sahaja memberi kesan yang membawa kepada gangguan sosioekonomi global, penangguhan dan pembatalan acara kebudayaan, keagamaan dan kesukanan serta ketakutan yang meluas dalam kekurangan bekalan yang telah mendorong pembelian panik.

 

Malaysia tidak ketinggalan menjadi salah sebuah negara yang membawa masuk vaksin sekitar Februari 2020 lalu dalam usaha mengekang wabak ini. Tentunya keputusan ini memberikan 1001 reaksi oleh pelbagai pihak.

 

Jika dirujuk kepada bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP), 98 peratus daripada punca kemalangan atau kecederaan adalah berpunca daripada perbuatan atau situasi tidak selamat.  Baki 2 peratus punca kemalangan atau kecederaan mungkin boleh dikaitkan dengan takdir atau ‘Act of God’.  

 

Vaksinasi untuk Covid-19 adalah suatu bentuk perlindungan dan bukanlah merupakan jaminan atau ubat mahupun rawatan untuk mereka yang sudah dijangkiti oleh virus tersebut.

 

Mengikut teori KKP, kemalangan atau kecederaan boleh dielakkan dengan mengawal punca-puncanya mengikut Kawalan Hirarki (Hierarchy of Control) seperti berikut:  

  1. Penghapusan  
  2. Pengepungan 
  3. Kawalan Kejuruteraan 
  4. Kawalan Pentadbiran 
  5. Peralatan Perlindungan Diri 

 

Vaksinasi yang diterima bukanlah merupakan jaminan keselamatan atau pencegahan daripada jangkitan Covid-19. Ia hanyalah perlindungan diri, yang boleh dikategori sebagai kawalan kejuruteraan atau kawalan pentadbiran dalam hirarki kawalan mengelakkan kemalangan atau kecederaan seperti yang dinyatakan di atas.

 

Setelah memperoleh suntikan dos pertama, tidaklah bermakna kita boleh bebas melakukan apa sahaja. Kita masih perlu menjaga prosedur operasi standard (SOP) yang ditentukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

Kita perlu mengamalkan 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (Wear) dan sentiasa prihatin dengan amaran dari KKM yang berupa peringatan (Warn).

 

Peringatan itu termasuk elak bersalaman dan bersentuhan, amalkan etika batuk dan bersin, dapatkan rawatan segera jika bergejala, duduk di rumah serta elakkan amalan kunjung-mengunjung.  

 

SOP KKM juga menganjurkan untuk kita mengelakkan 3S atau 3C, iaitu jauhi kawasan yang Sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang Sempit (Confined space) dan elak berkomunikasi atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close Conversation). 

 

Vaksinasi adalah ikhtiar kita. Menjaga dan mengamalkan SOP juga adalah merupakan ikhtiar kita. Selebihnya kita serahkan kepada Allah SWT. Semoga Dia al-Hafiz (Maha Memelihara) yang Maha Pelindung dapat melindungi kita daripada jangkitan virus ini.  

 

Zuraidah Kornain
Aktivis Wanita IKRAM Selangor 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia