Vaksinasi campuran terbukti lebih berkesan

SERI KEMBANGAN – Vaksinasi secara campuran atau heterologous terbukti lebih berkesan daripada pengambilan dos penggalak jenis vaksin yang sama dengan dos pertama dan kedua.

 

“Dapatan beberapa penyelidikan mendapati kombinasi vaksin berbeza meningkatkan tahap perlindungan seseorang kepada 68 hingga 79 peratus,” kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Prof Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid Syed Junid.

 

Tambah beliau, hasil daripada kajian yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal antarabangsa seperti The Lancet dan sebagainya menunjukkan tubuh mempunyai kadar keberkesanan yang begitu tinggi jika menggunakan jenis vaksin yang berbeza antara dos pertama, kedua dan penggalak.

 

“Ini dibuktikan apabila kita menggunakan dos yang sama, dipanggil ‘homologous vaccination’ di mana dos pertama, kedua dan ketiganya sama, tahap keberkesanannya cuma sekitar 50 peratus,” jelasnya.

 

Menurutnya lagi, dengan vaksinasi heterologous, kemungkinan untuk mendapat jangkitan dan kesan teruk disebabkan oleh varian Omicron dapat dikurangkan.

 

“Saya difahamkan bahawa fasa pemberian dos penggalak dalam program vaksinasi negara menerapkan kaedah heterologous, bagaimanapun segala maklumat perlu dimaklumkan dengan lebih jelas dan telus kepada rakyat,” kata Dr Syed Mohamed Aljunid.

 

Katanya lagi, sepatutnya apabila seseorang itu dapat dos penggalak, apa yang mereka dapat adalah tarikh janji temu sahaja.

 

“Tidak diberitahu apakah jenis vaksin yang akan diterima. Tetapi di tempat vaksinasi, pegawai perubatan yang bertugas memaklumkan bahawa oleh kerana saya telah menerima dos vaksin yang berbeza, maka dia akan berikan vaksin daripada jenis yang lain.”

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia