Utamakan yang melaksanakan kurikulum kebangsaan

Pengerusinya, Prof. Dr. Omar Yaakob berkata, sekolah-sekolah tersebut termasuk sekolah vernakular, sekolah agama dan sekolah swasta yang tidak berorientasikan keuntungan perlu dianggap sebagai sistem sokongan (complementary) yang perlu digalakkan dan diberikan peruntukan harta modal, per kapita dan bantuan buku teks.

“Oleh kerana sekolah-sekolah ini telah turut memartabatkan sistem pendidikan negara dan menyumbang kepada integrasi nasional, ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah ini perlu diberi insentif,” cadang beliau.

Beliau berkata, antara contoh insentif ialah subsidi yuran oleh kerajaan atau yuran yang mereka bayar untuk pendidikan anak-anak mereka diberikan pengecualian cukai.

Menurut beliau, IKRAM melahirkan rasa prihatin dan gusar mengenai laporan di portal Malaysiakini bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersetuju memberikan peruntukan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC).

“Tindakan ini tidak tepat kerana ia seolah-olah memberi galakan kepada satu sistem di luar sistem pendidikan kebangsaan,” tegasnya.

Tambahnya lagi, tindakan ini bakal mencipta satu duluan (precedent), serta membuka laluan yang bakal terpakai kepada semua sekolah di luar sistem pendidikan kebangsaan.

“Seperti dimaklumi, SMPC sebagaimana beberapa sekolah persendirian seperti sekolah agama dan tahfiz, masih belum melaksanakan sistem pendidikan kebangsaan dan wujud sebagai sistem yang bebas.”

Jelasnya, walaupun IKRAM berpandangan kewujudan aliran sekolah-sekolah bukan kerajaan adalah baik dari segi memberikan pilihan dan akses, namun IKRAM khuatir dengan kemungkinan sekolah-sekolah ini menjadi benteng dan tembok yang menyukarkan proses integrasi nasional.

Oleh itu, menurut Dr Omar, adalah tidak wajar bagi kerajaan menyalurkan apa-apa peruntukan kepada sekolah yang berada di luar sistem tersebut.

“Pihak kerajaan perlu memastikan bahawa semua sekolah bukan kerajaan, misalnya sekolah-sekolah swasta persendirian, SMPC, maahad tahfiz dan seumpamanya, berada dalam pendidikan arus perdana dan bersungguh-sungguh mencapai hasrat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).”

Sebelumnya, sumber daripada Malaysiakini (https://www.malaysiakini.com/news/436082) menyatakan, kenyataan Menteri Pendidikan, YB Dr Maszlee Malik mengenai bantuan kepada SMPC turut disiarkan akhbar Sinchew Daily, Oriental Daily, Kwong Wah Jit Poh, Guang Ming Daily, Nanyang Siang Pau, China Press dan The Malaysian Insight (edisi bahasa Cina).

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia