Usah Pandang Remeh Pengundi Atas Pagar

KUALA LUMPUR – Terdapat peningkatan trend pengundi atas pagar menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) dicatatkan sejak tahun 2008.

“Kajian yang dijalankan menunjukkan sebanyak 26 peratus responden menunjukkan tidak menyokong atau menganggotai mana-mana parti politik,” kata Pengerusi Eksekutif Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman.

Menurutnya, sebanyak 12 peratus pula menunjukkan mereka adalah ahli parti.

“Mereka yang akan mencorakkan keputusan pilihan raya. Kemudian dalam konteks demokrasi di Malaysia, kita sudah melepasi tahap sebuah negara demokrasi yang matang.”

Beliau berkata, ini menunjukkan perubahan boleh berlaku dan rakyat tidak takut berdepan dengan risiko bertukar kerajaan atau pemerintahan.

“Dalam masa sama, lima peratus perubahan undi akan memberikan kesan kepada keputusan akhir pilihan raya sama ada di peringkat negeri atau Persekutuan,” jelasnya dengan menambah bahawa peranan pengundi atas pagar amat penting dan tidak boleh dipandang remeh oleh mana-mana parti politik untuk mencapai kemenangan.

Kajian yang dijalankan IDE terhadap 1,693 responden dalam kajian persepsi pengundi menjelang PRN menunjukkan sebanyak 58 peratus responden dari Selangor menunjukkan sokongan kepada Pakatan Harapan dan 16 peratus kepada Perikatan Nasional, manakala selebihnya merupakan pengundi atas pagar, sekiranya berlaku pertandingan dua penjuru.

“Pengundi atas pagar ini juga banyak isu yang mereka akan beri perhatian termasuk pengangguran dan perkara yang berkaitan diri mereka dan menjejaskan mereka seperti kenaikan harga barang umpamanya.”

Jelasnya lagi, hal yang sama berlaku pada 2018, apabila isu GST yang menyentuh semua orang. Dan apabila isu itu menjadi isu nasional, pengundi atas pagar memihak secara keseluruhannya kepada pihak pembangkang pada waktu itu.

“Dalam konteks itu, kita melihat bahawa naratif yang betul, memenangi hati rakyat, akan menentukan siapa yang akan dipilih pengundi atas pagar di PRU akan datang,” ujarnya lagi.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia