Ulama, cendekiawan jangan pecah belahkan umat Islam

Ulama, cendekiawan jangan pecah belahkan umat Islam | IKRAM

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar para ulama dan cendekiawan Islam tidak menggunakan tafsiran yang ekstrem atau keterlaluan terhadap sesuatu permasalahan agama sehingga boleh memecahbelahkan masyarakat Islam di negara ini.

“Di samping itu, permasalahan agama yang melibatkan masyarakat Islam perlu diselesaikan secara muafakat dan baik tanpa perlu dibahaskan secara terbuka bagi mengelakkan perdebatan yang mengundang kepada kekeliruan masyarakat,” titah baginda.

Baginda juga bertitah menyeru kepada para ulama dan cendekiawan Islam agar dapat mentafsirkan ajaran Islam berdasarkan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dan daripada sumber yang sahih dan benar.

Sultan Sharafuddin bertitah demikian dalam Majlis Lawatan Rasmi dan Titah Syarahan Diraja bertajuk ‘Keharmonian Dalam Kepelbagaian’ sempena ulang tahun Ke-30 Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada Rabu.

Titah baginda dalam syarahannya, manusia diciptakan dengan pelbagai kelompok, budaya dan cara hidup berbeza. Namun begitu, kepelbagaian tersebut bukanlah bertujuan untuk saling memusuhi antara satu sama lain.

“Ia merupakan satu realiti sosial yang memerlukan pendekatan yang menekankan aspek keadilan dan kesaksamaan.”

“Dari sudut pandangan Islam, perbezaan agama dan bangsa tidak boleh dijadikan alasan kepada kezaliman atau permusuhan terhadap penganut agama atau bangsa lain,” titah baginda.

Baginda amat yakin, jika masyarakat masyarakat berbilang agama dan bangsa hari ini bersedia untuk mengamalkan sikap berganding bahu dan menghormati anutan masing-masing, segala niat murni dalam memartabatkan agama dan memperkukuhkan hubungan rapat dalam masyarakat dapat dicapai.

“Institusi Raja memainkan peranan yang penting bagi memastikan penyatuan pelbagai kaum, budaya dan agama ini akan sentiasa terpelihara sebagai tunggak utama kemakmuran negara,” tegas baginda dalam titahnya.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Datuk Hj Idris Hj Ahmad, Timbalan Menteri Perpaduan Negara YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Pengerusi IKIM, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan serta wakil-wakil NGO Islam termasuk Pertubuhan IKRAM Malaysia serta NGO pelbagai agama dan kaum.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia