“Saya berharap agar pertemuan ini dapat mengeratkan ukhuwah sesama ahli pimpinan di mana ia merupakan kunci utama kejayaan kepimpinan,” ujar beliau yang juga Pengarah muzakarah yang telah berlangsung pada Sabtu 30 Januari 2016 di Dewan Utama, Kompleks Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) di sini.
Seramai 50 pimpinan Wanita IKRAM negeri dari seluruh negara bersama 13 Ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) Wanita IKRAM telah hadir ke muzakarah ini untuk berbincang dan merancang gerak kerja wanita IKRAM bagi tahun 2016 dan tahun seterusnya.
Dalam pada itu, Ustazah Arpah Abd Wahab, yang juga merupakan Ahli JKP Wanita IKRAM dalam ucapan taujihatnya mengingatkan para pimpinan agar mengambil berat dua kekuatan iaitu kekuatan rohani; hubungan yang mantap dengan Allah dan juga kekuatan akhlak; memperbaiki hubungan dengan manusia sebagai kunci kejayaan perancangan.
Taujihat Ustazah Arpah, Pembentangan Rancangan Wanita IKRAM dan para pimpinan Wanita IKRAM negeri
Ketua Wanita IKRAM, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim telah membentangkan Rancangan Wanita IKRAM bagi tahun 2016 kepada pimpinan negeri untuk difahami dan mengalu-alukan sebarang cadangan dan maklumbalas bagi memurnikan lagi perancangan tersebut supaya dapat dijayakan dengan sebaiknya.
Penganjuran muzakarah ini berjaya mencapai objektif dan para pimpinan negeri telah mendapat penjelasan dan memahami Rancangan Wanita IKRAM yang baru di samping dapat membantu pimpinan Wanita IKRAM untuk menyelaraskan gerak kerja di peringkat pusat dan negeri.
Album Muzakarah: http://on.fb.me/1QDQCvJ