Mardiana Abdul Rahim, Ketua Wanita Pulau Pinang
“Sebuah ucapan yang komprehensif mencakupi isu global dalam negara dan luar negara.” Menurut beliau lagi ucapan dasar ini mengajak seluruh ahli IKRAM untuk peka dan sensitif serta mengambil peduli tentang isu umat Islam di seluruh pelosok dunia.
“Ahli bukan sahaja dituntut untuk mengambil peduli bahkan diajak untuk bertindak sama dalam menangani isu ummah dan masyarakat,” katanya. Walaupun Presiden menyentuh isu umat secara global namun beliau masih menekankan prinsip asas yang perlu dipegang ahli bagi memastikan jihad berpanjangan.
Norhayati Sidek, IKRAM Ipoh, Perak
Pergolakan yang berlaku dalam dunia Islam adalah agenda musuh Islam di samping perancangan Allah sendiri. Berdasarkan ucapan ini kita haruslah bersatu membina kekuatan dalaman melalui agenda utama IKRAM iaitu tarbiah. “Apa yang ditekankan oleh Presiden iaitu keimanan, perjuangan dan persaudaraan dalam gerak kerja dakwah perlu dicernakan melalui amal kita,” katanya lagi.
Berita lanjut: http://pti.ikram.org.my/2013/index.php/berita/pti/53-ucapan-presiden-pandangan-wanita




