Turun lapangan, bukan sekadar di media sosial – Taqiyuddin

Katanya, mahasiswa yang terdidik seharusnya mengambil peluang untuk menjadi agen perubahan dalam masyarakat dan tidak terikut dengan budaya 3K (Kafe, Kuliah dan Katil).

“Mahasiswa yang sebenar bukan hanya tahu berbicara di sudut pidato ataupun media sosial tetapi mereka menjadikan budaya ilmu sebagai pencetus kepada perjuangan.”

“Mereka memaknakan idea-idea ke dalam lapangan dan berusaha menyelesaikan masalah masyarakat dengan memberi solusi membumi dan praktikal.”

“Tanggungjawab mahasiswa lebih besar dari sekadar menggenggam sekeping ijazah,” tambahnya ketika berucap di hadapan 1,200 orang mahasiswa di Konvensyen Mahasiswa Harmoni 2018 (KMH 2018).

Konvensyen tersebut merupakan perhimpunan terbesar yang pertama kali dianjurkan oleh Belia Harmoni bertujuan menghimpunkan mahasiswa seluruh negara membincangkan idea ‘Universiti Baharu’.

Taqiyuddin dalam ucapan dasarnya mengajak audiens untuk berfikir secara kritis terhadap slogan ‘Malaysia Baharu’ yang muncul selepas peralihan kuasa kerajaan pusat pada pilihan raya yang lepas.

“Apabila slogan Malaysia Baharu diperkenalkan, ia menuntut mahasiswa dan belia berfikir, “Apakah yang baharu itu?” “

“Jika sebelum ini mahasiswa kaku dan lesu melontarkan pendapat dan beraktivisme mengharapkan merit, maka ini masanya untuk era reformasi mahasiswa.”

Taqiyuddin sebelum ini merupakan antara watak utama dalam mempertahankan kebebasan akademik yang berlanjutan dengan pertemuan bersejarah mahasiswa bersama Menteri Pendidikan, YB Dr Maszlee Malik pada 12 September lalu.

Jelasnya, Belia Harmoni merasakan sekarang adalah masa yang tepat untuk penjelmaan ‘Universiti Baharu’ bagi mereformasikan institut pengajian tinggi.

Belia Harmoni yang sebelum ini dikenali sebagai IKRAM Siswa ditubuhkan pada 2013 dan menukar namanya pada tahun 2016, memiliki ahli seramai lebih 3,000 orang daripada 29 cawangan di kampus seluruh negara.

Antara fokusnya adalah pembangunan mahasiswa, pembinaan tokoh pemimpin mahasiswa, meningkatkan keprihatinan mahasiswa terhadap kemanusiaan sejagat, menggembleng kekuatan melalui permuafakatan dan menjadi jurubicara dalam menyuarakan pandangan mahasiswa.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia