Tuan Guru Nik Aziz alu-alukan kemunculan IKRAM
KOTA BHARU – YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan mengalu-alukan kemunculan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) di persada amal dakwah dalam masyarakat dan mengharapkan IKRAM saling bekerjasama dengan jentera kerajaan negeri dalam misi dakwah.