Tolak Sikap Prejudis Yang Menghancurkan Negara

Tolak Sikap Prejudis Yang Menghancurkan Negara | IKRAM

Membina sesebuah ketamadunan sangatlah susah dan memerlukan pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya.

Namun, untuk meruntuhkannya cukuplah dengan sikap prejudis yang boleh menjadi duri dalam daging memusnahkan segalanya dengan sekelip mata. 

Justeru, kita sama sekali tidak boleh memandang enteng, menilainya sebagai hal yang remeh kerana ini juga ibarat bom jangka yang boleh meletus pada bila-bila sahaja.

Keparahan sikap prejudis ini menjadi lebih buruk sekiranya ianya melibatkan ketenteraman dan keselamatan negara. 

Perkataan ‘prejudis’ merujuk kepada Kamus Pelajar Edisi Kedua membawa maksud perasaan atau pendapat yang tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama dan sebagainya.

Sikap prejudis ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja membabitkan mana-mana individu perseorangan mahupun gerakan berkumpulan.

Negara kita telah mengharungi sejarah panjang berkaitan sikap prejudis ini yang akhirnya telah merugikan negara.

Sikap melampau ini tidak akan sama sekali menguntungkan mana-mana pihak. Oleh yang demikian, mengapa kita harus bersikap prejudis lagi?

Episod gelap negara dalam mendepani beberapa kelompok prejudis ini hingga mengheret negara ke fasa darurat, sebagai contoh, peristiwa 13 Mei 1969 yang membabitkan rusuhan perkauman dan pelbagai lagi episod duka negara. 

Jika kita menyoroti lembaran sejarah tanah air, kita akan dapati bahawa sikap prejudis yang membara dalam diri, merebak dan tersebar kepada mereka yang lain melalui hasutan demi hasutan, meskipun sewaktu itu negara kita sudah ada Akta Hasutan sejak tahun 1948. 

Isu prejudis perkauman ini bukanlah isu bermusim malah isu ini juga merupakan isu global yang melihatkan kepada kita bahawa beberapa buah negara maju juga berhadapan dengan isu krisis perkauman yang sama.

Puncanya apabila berlaku sikap prejudis antara kaum, agama dan bangsa. 

Kita boleh menyaksikan serius atau tidak isu prejudis ini, pada tahun 1948, Parti Nasional Afrika telah memperkenalkan sistem aparteid yang telah memisahkan hak dan kewajiban rakyat antara mereka yang berkulit putih dan hitam.

Ini adalah diskriminasi terancang yang dibuat atas sikap prejudis. 

Ekoran itu, muncullah tokoh-tokoh hebat Afrika Selatan bangkit dan menetang dasar aparteid ini seperti Nelson Mandela, Desmond Tutu dan Chris Hani. 

Dunia barat juga tidak terkecuali berhadapan dengan golongan pelampau bersikap prejudis ini. Rekod terdekat, pada tahun 2020, dunia digegarkan dengan kes pembunuhan George Floyd yang berusia 48 tahun.

Beliau merupakan seorang lelaki warganegara Amerika dan berkulit hitam, telah menjadi mangsa keganasan rasis perkauman oleh seorang anggota polis di Minnesota, Amerika Syarikat.

Peristiwa tidak berhati perut ini telah mengejutkan seluruh rakyat berkulit hitam yang bangkit membantah tindakan tidak rasional tersebut.

Peristiwa ini juga telah memberi tamparan hebat kepada karakter suci dunia barat yang sering kali mendahului dunia memperjuangkan isu-isu kemanusiaan dan peradaban. 

Rentetan daripada peristiwa demi peristiwa pergaduhan perkauman ini, besar faktornya adalah berpunca dari sikap prejudis yang tidak berkesudahan. Malah, sikap prejudis ini bertambah mekar berkembang kepada generasi ke suatu generasi.

Sudah pasti, kita sebagai warganegara yang menjunjung tinggi perlembagaan negara, yang menghayati prinsip Rukun Negara dan beramal dengan agama dan kepercayaan masing-masing, tidak mahu dan tidak rela melihat episod hitam negara berulang kembali.

Kebanyakan cakap-cakap orang di luar sana menyatakan kebimbangan mereka melihat generasi muda hari ini seakan termakan hasutan generasi terdahulu sehingga mengakibatkan sikap prejudis dalam diri mereka. 

Kebimbangan ini ada asasnya apabila kita melihat dapatan kajian berkenaan kedudukan negara yang rasis yang telah dikeluarkan oleh Businesstech pada tahun 2019, kita dapati Malaysia berada di tangga ke-11.

Pelbagai culaan dan kritikan yang boleh kita lontarkan lagi bagi mengukuhkan lagi dapatan kajian ini, namun kedudukan ini memberikan isyarat ‘tidak sihat’ negara dalam konteks perpaduan nasional.

Seperti yang telah disebutkan, sikap prejudis ini boleh sahaja berlaku kepada mana-mana individu mahupun gerakan berkumpulan.

Bermula dengan hasutan dan fanatik terhadap sesuatu, secara tidak langsung telah menyuntik ideologi dan kefahaman yang salah, dan akhirnya memerangkap diri dengan sentimen perkauman dan agama. 

Seruan kepada seluruh warga dunia, adalah menjadi kewajipan kita untuk bersama menolak sikap dan budaya prejudis ini biarpun datang dan terbit daripada mana-mana pihak.

Sesuatu yang salah, dengan beraninya kita harus katakan ia salah. Sesuatu yang benar, dengan beraninya kita harus katakan ia benar.

Dengan kesepaduan kita menolak sikap prejudis ini, secara langsung kita juga telah menolak budaya diskriminasi terhadap kaum, agama dan bangsa.

Media sosial bukanlah lesen kebebasan untuk kita menghancurkan masa depan negara dengan menyebarkan prejudis tidak bermaruah ini.

Mereka yang bergelar ahli politik, pendukung dan penyokongnya, para agamawan dan pengikutnya, para ahli akademik, pemimpin pelbagai lapisan masyarakat dan ramai lagi pihak mahupun individu perlulah mampu tampil menjadi ejen kepada perubahan ini dengan menolak sebarang sikap prejudis yang akan merugikan masa depan kita.

Semoga Allah merahmati kita semua.

Muhammad Faidhi Azis
Ketua Rakan Hidayah Perlis

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia