Tingkat Keselamatan, Henti Keganasan Terhadap Wanita 

Tingkat Keselamatan, Henti Keganasan Terhadap Wanita | IKRAM

Sering kali persekitaran kita didedahkan dengan isu keselamatan, diskriminasi dan keganasan terhadap wanita. Situasi yang tidak sihat itu menjadikan suasana tidak aman serta mendatangkan pelbagai kesan yang negatif dan berpanjangan kepada wanita juga masyarakat.

Namun, sejauh mana isu keselamatan wanita dapat ditangani dengan sebaiknya? Jika berlaku sesuatu insiden yang menyayat hati, barulah mata masyarakat akan terbuka. Waktu itulah ramai yang menunjukkan simpati dan empati.

Media sosial sering dihujani dengan pelbagai pendapat dan cadangan mengenai ketidakadilan yang berlaku kepada golongan wanita ini. Persoalannya, adakah isu sebegitu hanya hangat-hangat tahi ayam, akhirnya semua mengambil sikap sambil lewa dan berdiam diri daripada mendapatkan pembelaan yang sewajarnya?

Wanita perlu bangkit serta berani melaporkan kepada pihak yang sepatutnya jika berada dalam keadaan tidak selesa, trauma dan cemas kerana jika dibiarkan berpanjangan, keadaan itu akan memudaratkan diri mereka sendiri.

Pada hakikatnya, peranan wanita bukan sahaja dalam mengurus rumah tangga, tetapi juga sebagai penyumbang ekonomi keluarga.

Malahan, tanggungjawab ini bukan hanya dipikul oleh wanita yang telah berumah tangga, tetapi turut menjadi sebahagian tanggungjawab bagi mereka yang belum berkahwin (Siti Nur Husna, Mohd Izhar Ariif & Muhammad Adnan, 2017).

Penglibatan wanita dalam sektor pekerjaan terutama bidang profesional penting dalam memacu kemajuan negara, namun cabaran seperti isu diskriminasi di tempat kerja dan komitmen keluarga yang tinggi yang melibatkan golongan itu perlu diatasi bagi memastikan mereka kekal dalam kerjaya.

Wanita berpendidikan tinggi adalah aset pelaburan yang menyumbang kepada pembangunan negara. Negara akan mengalami kerugian apabila modal yang dilaburkan dalam bentuk pendidikan kepada wanita tidak disalurkan dengan penglibatan kerjaya.

Perkembangan yang signifikan

Peranan wanita telah mengalami perkembangan yang signifikan dibandingkan dengan masa lampau. Ramai wanita kini mengejar karier dalam pelbagai bidang untuk kelangsungan hidup.

Namun demikian, dalam mencapai keseimbangan, terutama antara tuntutan sebagai pekerja dan tanggungjawab keluarga, keselamatan wanita harus dipandang serius.

Semua wanita mengharapkan kebahagiaan, akan tetapi kadang-kadang apa yang diharapkan bak kata pepatah, “Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.”

Wanita harus disayangi bukan dikasari. Barangkali sebelum ini kita tidak berasa terpanggil untuk menjadi pembela atau penyelamat kepada situasi yang terjadi.

Akan tetapi, seharusnya setiap kita lebih peka dengan keadaan ini untuk hari-hari yang akan datang. Menjadi peranan kita untuk sentiasa mengharmonikan persekitaran tanpa berlakunya jenayah terhadap wanita.

Memang ia akan berterusan terjadi apabila mangsa dan masyarakat bersikap tidak kisah dengan situasi ini. Oleh hal yang demikian, masyarakat perlu mengamalkan sikap peduli dan mengambil tindakan yang sewajarnya sebelum terlambat.

Berperanan dan bertanggungjawab

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri, sebagai penanda aras, KPWKM melaksanakan pelbagai inisiatif, antaranya peruntukan Geran Penjagaan Kanak-Kanak kepada Wanita untuk Kembali Bekerja yang berupa 80 peratus nilai gaji diinsuranskan sebagai galakan golongan wanita kembali bekerja.

Majikan juga perlu berperanan serta bertanggungjawab dalam penyediaan pusat jagaan kanak-kanak di premis dengan memudah cara garis panduan penubuhannya di pejabat. 

Inisiatif yang diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan keselamatan dan keselesaan wanita dalam pengangkutan awam dipuji dan adalah langkah prihatin oleh Kementerian Pengangkutan.

Menyediakan koc khusus untuk wanita merupakan tindakan yang sangat positif dan bermakna. Ia bukan hanya mencipta ruang yang aman, tetapi juga menyampaikan pesanan bahawa kebajikan dan keselamatan setiap individu terutama wanita menjadi keutamaan. 

Pelaksanaan koc khusus di Laluan MRT Kajang adalah langkah progresif dan seharusnya dijadikan contoh oleh kawasan lain. Satu pertiga ruang dalam set kereta api MRT untuk wanita dan ibu bersama anak kecil adalah kebijaksanaan, memberikan keyakinan dan keselesaan kepada penumpang wanita semasa perjalanan mereka. 

Berdasarkan analisis data Prasarana dan Touch-n-Go, peratusan wanita adalah paling tinggi iaitu 62 peratus pengguna pengangkutan awam terdiri daripada golongan itu antara kumpulan umur 21 hingga 30 tahun”. (Anthony Loke, Menteri Pengangkutan) 

Selain itu, perlu juga ada komitmen untuk melibatkan masyarakat dalam membentuk persekitaran yang lebih selamat dan selesa.

Kesedaran dan penjagaan ruang selamat semasa perjalanan adalah elemen penting dalam membina masyarakat yang lebih inklusif, memberikan peluang kepada semua untuk menggunakan pengangkutan awam tanpa rasa takut.

Tarikh 25 November telah diumumkan sebagai ‘Hari Hentikan Keganasan Terhadap Wanita’ peringkat antarabangsa. Warna jingga telah dipilih sebagai warna tema dan merupakan warna global bagi solidariti menyokong gerakan menghentikan keganasan terhadap wanita (dan kanak-kanak).

Justeru, KPWKM menyeru orang ramai untuk bersama-sama menghentikan keganasan terhadap wanita. Ayuh, kita bersama-sama mengambil peduli dan bekerjasama untuk meningkatkan kesedaran akan kepentingan keselamatan dan kesejahteraan wanita di mana-mana sahaja. Hubungi Talian Kasih 15999 dan aplikasi Whatsapp 019-2615999 yang beroperasi 24 jam.

Prof Madya Ts Dr Jessica Ong Hai Liaw
Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Pengerusi Women in Logistics and Transport (WiLAT) Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia