Tiada keperluan untuk ratifikasi ICERD

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengikuti dengan dekat polemik tentang ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Setelah meneliti peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam ICERD serta perkembangan terkini dalam negara, IKRAM berpandangan bahawa tidak ada keperluan buat masa ini untuk Kerajaan Malaysia melakukan ratifikasi kepada konvensyen ini.

Pandangan ini adalah berasaskan pertimbangan berikut:

1. Kerajaan baharu PH dalam proses bagi melakukan reformasi institusi dan sistem-sistem dalam negara. Rangka dan hala tuju ini dilakarkan dengan jelas oleh YAB Perdana Menteri semasa membentangkan Kajian Separuh Penggal RMK-11 dalam Parlimen baru-baru ini. Antara langkah reformasi yang dicadangkan adalah untuk membetulkan ketidakadilan yang berlaku sepanjang pemerintahan rejim yang lalu bagi menjadikan negara Malaysia lebih adil kepada semua pihak. Sebaiknya Kerajaan memberi tumpuan dan keutamaan bagi melakukan reformasi ini terlebih dahulu. Ketidakadilan dan apa yang dikatakan sebagai diskriminasi boleh diselesaikan melalui engagement yang lebih meluas, dan pembuatan polisi dan dasar-dasar yang progresif dan inklusif tanpa perlu meratifikasi ICERD.

2. Malaysia punyai sejarah dan latar belakangnya yang tersendiri. Kita telah berjaya hidup secara aman berdasarkan acuan kita sendiri. Perlembagaan Persekutuan yang menaungi Malaysia selama lebih 60 tahun telah menjadi kerangka yang efektif bagi menjamin kerukunan hidup bernegara. Meratifikasi ICERD, yang kandungannya banyak tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan norma hidup masyarakat Malaysia boleh mencetuskan salah faham dan ketegangan dalam kalangan rakyat di Malaysia. Dikhuatiri sedikit manfaat yang bakal diperolehi melalui ratifikasi ini, boleh menjerumuskan negara kepada konflik dan ketegangan, suatu mudarat yang jauh lebih besar.

IKRAM  menggesa pihak kerajaan untuk mengadakan rundingan dengan semua pemegang taruh sebelum apa-apa keputusan dibuat mengenai  ICERD. Ini bagi mendapatkan pandangan yang lebih komprehensif dan inklusif terhadap konvensyen tersebut.

IKRAM amat menggalakkan sebarang usaha untuk meningkatkan perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia merentasi bangsa dan agama.

Sehubungan dengan itu, IKRAM mengalu-alukan langkah Kerajaan bagi menubuhkan Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat yang bertujuan bagi menjadi platform bagi percambahan fikiran dan rekonsiliasi antara kaum dan agama. Diharap semua pihak yang berbeza pandangan akan dilibatkan dalam platform ini.

IKRAM ingin menyatakan kesediaannya untuk terlibat aktif dalam majlis perundingan ini demi membina Malaysia baharu yang lebih progresif dan inklusif.

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia