Biarpun berhemah, rasuah tetap rasuah

Menurut definisi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), rasuah bermaksud penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.

 

Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah dan diskaun. Kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah menyatakan bahawa rasuah membawa makna sebarang pemberian bertujuan memalsukan kebenaran dan membenarkan kepalsuan.

 

Integriti merupakan satu elemen terpenting dalam menyerahkan sesuatu kuasa kepada ahlinya. Biarpun ilmu menjadi ukuran untuk kelayakan, tetapi tidak semua mereka yang berilmu itu mempunyai integriti serta telus dalam kepimpinannya.

 

Oleh kerana nilai integriti ini sangat besar dan memberi impak dalam tadbir urus negara, maka sesiapa pun yang mencuba menyogok dengan keistimewaan tertentu, ia tetap adalah sogokan rasuah. 

 

Islam sangat melarang umatnya untuk memberi apatah lagi menerima rasuah. Implikasi memberi atau mengambil rasuah, bukan sahaja telah merendahkan maruah dan martabatnya, bahkan dikeji dan dilaknat oleh Rasulullah SAW.

 

Hal ini sepertimana dalam sebuah hadis riwayat Ahmad, daripada Thauban RA, beliau menyebut yang bermaksud:

“Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah dan perantara yang bersifat penghubung antara kedua-duanya.”

 

Ternyata, pemberi, penerima dan perantara kedua-duanya dilaknat oleh Rasulullah SAW. Perbuatan baginda Nabi SAW melaknat mereka yang terlibat dengan jenayah rasuah ini telah cukup bagi menunjukkan kepada kita bahawa betapa hina dan kotornya perbuatan rasuah ini.

 

Demikian juga Allah SWT begitu tegas dalam hal ini. Perkara ini sepertimana dalam al-Quran, Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 188 yang bermaksud:

 

“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”

 

Syeikh al-Sobuni dalam kitab Sofwah al-Tafasir, beliau menyatakan bahawa :

“Janganlah sebahagian kamu memakan sebahagian harta yang lain dengan cara yang tidak dihalalkan oleh Allah seperti kamu memberi rasuah kepada hakim-hakim.”

 

Dr Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fil Islam, beliau pula menyatakan:

“Termasuk memakan harta orang lain dengan cara yang batil ialah menerima rasuah, iaitu wang yang diberikan kepada penguasa atau pengawal, supaya penguasa atau pengawal tersebut menjatuhkan hukuman yang menguntungkan, atau hukum yang merugikan lawannya menurut kemahuannya, atau supaya didahulukan urusannya, atau ditunda kerana ada suatu kepentingan dan sebagainya.”

 

Berdasarkan firman Allah dan sabda baginda Nabi, diperhalusikan pula dengan perincian oleh para sarjana dan alim ulama, dapat kita simpulkan bahawa rasuah adalah suatu perbuatan yang terkutuk, buruk, jijik lagi kotor, menggadaikan maruah demi untuk kepentingan diri. Perkara ini semestinya menjadi musuh pada diri, bukan menjadikannya sebagai peluru bagi menutup kebenaran. 

 

Rasuah pada hari ini dilihat sudah menjadi normalisasi dalam kalangan kita. Ada yang perasan dan ada juga yang tidak perasan. Lebih membimbangkan, apabila rasuah diberikan dengan kaedah yang berhemah, dibaluti dengan frasa kata yang gah, berdiri megah tanpa rasa bersalah.

 

Pemberian tersebut tidak menzahirkan makna sebenar rasuah, namun pemberian itu sudah tentu mempunyai maksud dan tujuan yang mendalam. Ia bukan sekadar memberi tetapi mengharapkan balasan tertentu. Dalam tidak sedar, kita telah pun membuka ruang untuk dimurkai oleh Allah dan Rasul-Nya. 

 

Negara kita telah mencapai kemerdekaan sejak 64 tahun lamanya, namun najis rasuah masih membelenggu diri kita. Biarpun pelbagai usaha dan langkah diambil dan dibuat bagi membanteras jenayah rasuah, namun selagi diri sendiri tidak dapat mendidik hati agar bertakwa, maka selagi itulah manusia boleh terjerumus ke lembah kehinaan dan hilang pedoman hidup.

 

Kata kuncinya adalah takwa. Ini kerana ketakwaan pada diri seseorang itu mampu menjadi benteng kepada nafsu serakah durjana. Kepada sesiapa pun pelaku rasuah, jika tidak di dunia, di hadapan Allah kelak pasti akan dihitungnya. Semoga Allah mengampuni kita semua.

 

Muhammad Faidhi Azis
Pegawai Masjid dan Guru Takmir

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia