Tekad tembusi perairan Gaza

“Ini misi yang kedua Malaysia sertai, sebelum ini ada Women’s Boat to Gaza oleh Dr Fauziah juga tersekat, dan kita harapkan misi ini dengan tekanan diplomatik antarabangsa, kita berjaya mendarat di Gaza, insya-Allah,” kata beliau.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Dekan Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah berlepas ke Palermo, Itali semalam bagi menyertai misi solidariti flotila Right to a Just Future for Palestine (JFP) anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).

Misi itu bertujuan membawa kelengkapan dan bekalan ubat-ubatan bagi membantu penduduk Palestin. Sejumlah 24 kotak bekalan peralatan dan ubat-ubatan disumbangkan pelbagai pihak antaranya Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri dan Hospital Pakar An-Nur.

Kata Mohd Afandi, para peserta misi telah dimaklumkan tentang halangan yang mungkin dihadapi, antaranya kemungkinan ditahan oleh Israel.

“Bagaimanapun, kami para peserta misi, telah melalui beberapa siri latihan, supaya kami lebih bersedia untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan,” jelas beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas semalam.

Beliau menyifatkan misi kali ini penting bagi membuka mata masyarakat antarabangsa tentang keadaan Gaza yang kini sangat kritikal akibat serangan Israel dan permintaan yang tinggi terhadap perkhidmatan perubatan.

Bersama 25 aktivis lain, siri terakhir flotila ini akan mengambil masa lapan hingga sembilan hari dan dijangka tiba di perairan Gaza sebelum minggu terakhir Julai.

Sumber: RTM | Astro Awani

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia