Tawaran terburuk abad ini

Pelan ini sepatutnya menjadi tawaran terburuk abad ini kerana ia berat sebelah, menguntungkan negara haram Israel dan dibuat tanpa persetujuan dan kehadiran seorang pun wakil Palestin.

 

Apa lagi yang boleh diharapkan daripada Amerika Syarikat (AS) yang jelas menjadi sekutu rapat Israel? Mengumumkan pelan damai untuk Palestin-Israel tetapi yang datang hanya Benjamin Netanyahu.

 

Ini adalah isyarat bahawa Palestin dan rakyatnya telah dikesampingkan dalam pelan ‘damai’ tersebut, mereka tidak diiktiraf dan tidak dipandang walau sebelah mata. Elok dibakulsampahkan sahaja pelan ini!

 

Apakah kandungan pelan yang ‘mendamaikan’ negara haram Israel ini? Berdasarkan kajian Al-Zaytouna Centre for Studies & Consultations, antara isi penting dokumen berkaitan negara Palestin yang dicadangkan ialah:

 

1. Tebing Barat dan Gaza tanpa kawalan tentera kerajaaan (Palestin) sepenuhnya termasuklah tentera Hamas, Jihad Islami dan lain-lain.

 

2. Ibu negara Palestin akan diletakkan di pinggir bandar bersebelahan dengan Baitulmaqdis Timur, tempat di mana kedutaan AS dibuka, manakala Baitulmaqdis kekal sebagai ibu negara Israel sepenuhnya.

 

3. Penempatan (haram) rakyat Israel di Tebing Barat diserahkan kepada Israel.

 

4. Sempadan 1967 tidak akan dikembalikan, mengekalkan sempadan negara Palestin yang tidak ditentukan selama empat tahun semasa proses penubuhan dan pembinaan penempatan (haram) Israel dibekukan dengan beberapa syarat antaranya:

  • Palestin tidak memberikan sebarang risiko keselamatan terhadap Israel dan definisi sesuatu keselamatan risiko itu diserahkan kepada Israel.
  • Palestin menyerahkan senjata-senjatanya sebagai ‘penolakan tegas terhadap keganasan’.
  • Palestin mengetatkan undang-undang berkaitan aktiviti ‘keganasan’, Israel berhak memusnahkan sebarang kemudahan dan bangunan Palestin yang dianggap berbahaya.
  • Semasa rundingan, Pihak Berkuasa Palestin (PA) berhenti daripada menyertai mana-mana organisasi antarabangsa tanpa persetujuan Israel.
  • Palestin mengiktiraf Israel sebagai ‘negara Yahudi’.

 

5. Israel tidak akan berundur dari sebarang penempatan (haram), dan kawasan Israel yang terletak dalam wilayah Palestin yang ditentukan akan menjadi sebahagian daripada Israel dan dihubungkan dengan sistem pengangkutan yang efektif. Penduduk Palestin di kawasan Israel akan mempunyai laluan akses yang menyambungkannya ke wilayah PA.

 

6. Kawasan Lembah Jordan akan berada di bawah kedaulatan Israel. Perusahaan pertanian yang dimiliki atau dikawal oleh rakyat Palestin akan diteruskan tanpa gangguan atau diskriminasi melalui lesen atau pajakan yang sesuai yang diberikan oleh Israel.

 

7. Israel akan mengekalkan kedaulatan ke atas perairan wilayah Gaza.

 

8. Komuniti Segitiga (Kafr Qara, Ar’ara, Baqa al-Gharbiyye, Umm al-Fahm, …) akan menjadi sebahagian daripada negara Palestin, dan pertukaran tanah ini akan menyediakan negara Palestin dengan tanah yang boleh dibandingkan dengan saiz wilayah Tebing Barat dan Gaza sebelum 1967.

 

9. Sempadan negara Palestin akan sentiasa dipantau oleh Israel, dan AS akan mengiktiraf kedaulatan Israel atas tanah yang diduduki (Lembah Jordan dan kawasan penempatan (haram) di Tebing Barat, yang diulangi oleh Netanyahu dalam kenyataan bersama).

 

Jika tiada tentera Palestin, wilayah Tebing Barat dan Gaza pasti akan pupus kerana tidak dapat dipertahankan seterusnya Israel akan menjajah dan menguasai sepenuhnya wilayah-wilayah itu dengan mudah.

 

Mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, Israel sebagai ‘negara Yahudi’ dan tidak kembali ke sempadan sebelum 1967 sudah cukup untuk membuktikan bahawa ini bukanlah pelan damai. Ini adalah pelan untuk menghuru-harakan lagi rantau Asia Barat yang sememangnya sentiasa bergolak itu.

 

Tidak berundur daripada penempatan haram, kawasan Lembah Jordan di bawah kekuasaan Israel, perairan Gaza di bawah Israel, pertukaran tanah ke Komuniti Segitiga dan lain-lain merupakan satu pengkhianatan dan perlanggaran undang-undang antarabangsa yang jelas oleh AS dan Israel.

 

Tiada apa-apa perubahan yang signifikan dalam dokumen ‘Peace To Prosperity: A Vision to Improve the Lives of the Palestinian and Israeli People’ kononnya untuk meningkatkan kehidupan rakyat Palestin namun hakikatnya hanya untuk mengukuh dan mengekalkan kedudukan negara haram Israel.

 

Pelan ‘damai’ 181 muka surat ini seolah-olah satu pengumuman bahawa AS akan sentiasa menyebelahi Israel dan menganiayai Palestin dalam apa jua keadaan walaupun negara haram itu sudah puluhan kali melanggar arahan dan ketetapan PBB sejak 1967.

 

Walaupun sudah diketahui dan menampakkan usaha dipertikaikan daripada sudut keberkesanan, PBB perlu mengadakan mesyuarat tergempar atau memanggil Majlis Keselamatan untuk meluluskan resolusi mengecam pelan tidak masuk akal ini.

 

Selain itu, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Arab, Gerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), persidangan dan forum-forum antarabangsa yang lain perlu bermesyuarat dan membuat pengisytiharan menolak pelan ini.

 

Persidangan antarabangsa The Third Conference of the League of Parliamentarians for al-Quds (LP4Q) yang akan berlangsung di Malaysia pada 8 dan 9 Februari ini sudah tentu menjadi platform penting bagi ahli-ahli Parlimen dari seluruh dunia untuk menghantar mesej yang jelas agar pelan jijik yang mahu melupuskan hak rakyat Palestin ini digagalkan.

 

Pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil dan masyarakat antarabangsa juga seharusnya menyatakan kebimbangan mereka terhadap nasib rakyat Palestin dan perlu mendesak AS agar menghormati hak rakyat Palestin daripada terus dicabuli oleh rejim Zionis Israel.

 

Semua pihak perlu memainkan peranan mereka mengikut kapasiti masing-masing untuk menggagalkan pelan yang hanya menguntungkan Israel sahaja. Masa untuk bertindak!

 

Mohammad Hafizuddin bin Abdul Mukti

Rujukan:

1. Walid ‘Abd al-Hay, Prof. Dr. (2020), Situation Assessment: Trump’s Deal a Prelude to the Upcoming Storms in the Region, Al-Zaytouna Centre for Studies & Consultations

Kredit foto: Middle East Monitor

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia