Solat tanpa penjarakan

Dalam usaha langkah berjaga-jaga untuk menangani wabak Covid-19, Arab Saudi memuktamadkan untuk membenarkan solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi tanpa penjarakan fizikal.

 

Buat pertama kalinya, umat ​​Islam di Makkah al-Mukarramah telah melakukan solat tanpa penjarakan pada hari Ahad, 17 Oktober 2021 sejak wabak Covid-19 menular satu setengah tahun yang lalu, dimulakan dengan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan bagi memerangi pandemik yang melanda.

 

Dalam usaha dan langkah berjaga-jaga bagi mendepani wabak tersebut, Arab Saudi memutuskan untuk mengizinkan solat diadakan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi tanpa penjarakan.

 

Baru-baru ini telah tular rakaman video yang disiarkan oleh media rasmi Arab Saudi, menunjukkan proses menanggalkan pelekat penjarakan di koridor, kawasan sekitar dan kemudahan masjid, sebelum para jemaah menunaikan solat Subuh dengan merapatkan saf.

 

SOP masih dikuat kuasa

 

Sebelumnya Arab Saudi telah menutup masjid tersebut pada bulan Mac 2020, kemudian membukanya kepada jemaah dengan langkah-langkah yang sangat ketat pada bulan Julai tahun yang sama.

 

Seterusnya, tiga bulan kemudiannya, umat Islam dibenarkan untuk bersolat di dalamnya tetapi dengan syarat dan jarak yang sangat ketat.

 

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, negara itu membenarkan mereka yang telah mendapat vaksin penuh untuk menggunakan fasiliti di Masjidil Haram, dengan mewajibkan pekerja dan pengunjung memakai topeng penutup muka setiap ketika di semua kawasan Masjid Mekah, serta tetap menggunakan aplikasi ‘Umrahna’ untuk merekodkan tarikh umrah dan memasuki Masjid.

 

Walau bagaimanapun, untuk menyentuh Kaabah di tengah masjid, sebagaimana yang dibenarkan sebelum kehadiran wabak virus, ia masih lagi dilarang.

 

Dijangkakan, jutaan umat Islam akan kembali memenuhi Masjidil Haram untuk bersolat dan menunaikan umrah, setelah ditangguhkan selama berbulan-bulan sejak tahun lalu.

 

Hanya yang dos lengkap dibenarkan

 

Arab Saudi juga turut membenarkan jemaah haji pada musim haji akan datang. Walaupun jumlahnya agak terbatas pada beberapa ribu sahaja pada tahun 2020, kemudian meningkat menjadi puluhan ribu pada tahun ini. Namun, kebenaran itu tetap dibenarkan kepada mereka yang telah menerima dua dos vaksinasi.

 

Berikutan wabak ini, ia telah menyebabkan kerajaan Arab Saudi kehilangan sumber pendapatan utama selama berbulan-bulan, kerana Arab Saudi memperoleh sekitar 12 bilion dolar setiap tahun daripada jemaah umrah dan haji.

 

Ini juga menghalang rancangan kerajaan untuk berubah menjadi negara pelancong, sebagai sebahagian daripada strategi untuk mempelbagaikan ekonomi.

 

Pada 10 Oktober, pihak berkuasa Arab Saudi mengumumkan bahawa pemberian kebenaran mengerjakan umrah dan solat di Masjidil Haram terhad kepada mereka yang telah divaksinasi.

 

Penerima 6 jenis vaksin dibenarkan

 

Ogos lalu, Arab Saudi mengumumkan dalam satu kenyataan untuk meningkatkan kapasiti jemaah menjadi dua juta sebulan berbanding 600,000 jemaah pada sebelumnya.

 

Kementerian Kesihatan Arab Saudi telah mengeluarkan kenyataan bahawa sebanyak enam vaksin yang dibenarkan untuk memasuki wilayahnya, iaitu Pfizer-Biontech, Moderna, Oxford AstraZeneca, Johnson, Sinopharma dan Sinovac.

 

Sejak awal, virus ini menular di Arab Saudi telah mencatatkan sekitar 547,000 jangkitan termasuk 8,760 kematian.

 

Negara tersebut telah memberikan 44 juta dos vaksin dan lebih daripada 20 juta orang daripada 35 juta rakyatnya telah diberi vaksin sepenuhnya.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia