Tangisan kanak-kanak di bumi Gaza

Dewasa ini, kita dikejutkan dengan berita tentera Israel menyerang dan membaling bom di perkarangan Masjid al-Aqsa ketika umat Islam sedang menunaikan solat pada 10 akhir Ramadan.

 

Bukan itu sahaja, mereka cuba merampas Sheikh Jarrah, sebuah penempatan Palestin yang terletak hampir 1 kilometer dari timur Baitulmaqdis. Pengusiran oleh kerajaan Israel untuk mengambil tanah sekali gus akan menutup akses kepada orang Islam memasuki Masjid al-Aqsa. 

 

Maka, rentetan itu berlakulah peristiwa bom-mengebom antara tentera Israel dan Briged Izzuddin al-Qassam, sayap tentera HAMAS.

 

Kanak-kanak di Gaza

 

Bumi Gaza merupakan ‘penjara’ terbesar di muka bumi, yang menempatkan paling ramai ‘banduan’ yang beriman dan berilmu. Mereka dikepung dalam Gaza, dikenakan sekatan udara, tanah, air dan elektrik.

 

Kebebasan dan hak mereka disekat. Mereka tidak dibenarkan keluar dan masuk ke negara mereka sesuka hati walaupun memiliki pasport dan atas urusan yang penting. Malah beberapa perkara dan makanan asas disekat. 

 

Berdasarkan Maslow’s Hierarchy Of Needs, secara umumnya manusia memerlukan lima perkara asas untuk hidup:

 

1. Keperluan fisiologi

Peringkat ini merupakan keperluan yang paling asas. Keperluan asas ini merangkumi apa yang diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang seperti keperluan mendapatkan makanan, minuman dan tempat tinggal.

 

2. Keperluan keselamatan

Termasuk dalam keperluan ini adalah keselamatan peribadi, keselamatan kewangan, kesihatan dan tidak akan menjadi mangsa penyalahgunaan.

 

3. Keperluan sosial dan kasih sayang

Inilah keperluan manusia untuk dicintai dan merasai perasaan ‘kekitaan’. Semua pekerja perlu merasai bahawa mereka diperlukan dan mempunyai peranan tersendiri dalam organisasi. 

 

4. Keperluan penghargaan diri (self-esteem)

Keperluan ini berkaitan dengan keperluan pekerja untuk dihormati dan diberi peluang menghormati orang lain. Berikan mereka  tugasan yang membolehkan mereka menyumbang. Ini akan meningkatkan ‘penghormatan diri’ (self-esteem).

 

5. Keperluan hasrat diri (self actualization)

Keperluan ini berkaitan dengan keperluan untuk mencapai cita-cita diri sendiri mengikut potensi seseorang manusia. 

 

Maslow membahagikan lima keperluan kepada dua kategori iaitu:

a) Tahap asas iaitu keperluan fizikal dan keselamatan 

b) Tahap tinggi iaitu keperluan sosial, penghargaan diri dan pencapaian hasrat diri.

 

Walau dalam keadaan dan keselamatan negara yang tidak menentu, kanak-kanak di Gaza tetap tegar ke sekolah. Sedari kecil, mereka telah dipupuk akan kepentingan ilmu. Ibu-ibu menghantar anak-anak ke masjid untuk menghafal al-Quran ketika musim cuti sekolah. 

 

Biarpun miskin dan tiada wang untuk membayar yuran sekolah, namun itu tidak memadam semangat untuk mereka menimba pengetahuan. Malah, hampir 96.3 peratus daripada penduduk bumi Gaza adalah celik huruf. 

 

Antara tanda-tanda kanak-kanak mengalami gejala kemurungan (depression) ialah:

1. Kerap kencing malam 

2. Agresif terhadap rakan sebaya

3. Pencapaian pembelajaran yang rendah

 

Dan semua ini sebenarnya terjadi pada kanak-kanak di Gaza, Palestin.

 

Ya, tidak dinafikan. 

 

Kita sering melihat anak-anak Palestin yang berani berhadapan dengan tentera Israel, berani membaling batu ke arah kereta kebal Israel. Tetapi sebenarnya mereka masih seorang kanak-kanak dan ada di antara mereka yang mengalami kemurungan.

 

Kadangkala mereka takut untuk berjauhan dengan ibu bapa mereka. Mereka takut untuk ke tandas, kerana dikhuatiri pabila mereka keluar dari tandas, ibu mereka tiada lagi di situ. Mereka takut Israel mengebom rumah mereka ketika berada di tandas.

 

Berbanding dengan anak-anak kita di Malaysia, kita harus bersyukur kerana kita masih mempunyai ibu bapa, keluarga, rumah, bahkan anak-anak kita mempunyai wang untuk membeli keperluan mereka.

 

Walaupun pada era pandemik Covid-19, kebebasan kita tersekat, PKP menyebabkan kita tidak dapat menikmati raya dengan menziarahi keluarga dan sanak saudara, namun kita masih berpeluang menatap wajah mereka menerusi media sosial atau melalui Whatsapp call atau Facetime.

 

Namun anak-anak di Gaza, mereka tidak memerlukan lebih daripada itu! 

 

Mereka hanya mahu meneruskan kehidupan mereka dengan cara yang lebih bermakna.

 

Hulurkan bantuan, ringankan beban

 

Selain tembakan doa untuk mereka, mari kita membawa harapan kepada anak-anak Gaza untuk meneruskan kehidupan. Mereka telah melihat abang dan ayah mereka terbunuh syahid di hadapan mata mereka. Tetapi, masih tidak terlambat untuk kita cipta memori kanak-kanak yang indah untuk mereka.

 

Ada di antara mereka yang kehilangan pendengaran ketika peperangan mungkin disebabkan letupan kuat yang merosakkan gegendang telinga.  Dan dengan bantuan sumbangan rakyat Malaysia sebelum ini, melalui organisasi Emaar Association Basma Centre for Development and Rehabilitation, kanak-kanak yang pekak diambil menjalani cochlear implantation dan sedang berada dalam pemulihan. Kanak-kanak yang bisu pula dibimbing oleh speech therapy

 

Para syuhada, Allah sedang menjaga mereka. Tetapi, bagi mereka yang masih hidup, kita sesama Muslim ini akan berusaha sebaik mungkin untuk menjaga mereka.

 

Dr Musyirah Hanan Zulkarnain
Doktor perubatan

Pautan berkaitan: http://www.emaar-pal.org/en/

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia