Tangani isu buli dengan berkesan

“Isu buli di Malaysia semakin parah sehingga menjadi kes jenayah dan sehingga kini, tiada tindakan pihak yang sewajarnya jelas diambil,” kata Ketua IKRAM Muda, Mohd Hafiz Abd Hamid.

Menurutnya lagi, masih ramai rakyat Malaysia yang menganggap isu buli ini adalah satu kebiasaan dan mangsa buli terutamanya jarang mendapatkan pembelaan yang adil dan selayaknya. 

Sanggar Kerja Advokasi Buli yang dihadiri 17 orang ini disertai wakil daripada pelbagai agensi antaranya adalah IKRAM Health (i-Mind), IKRAM MUSLEH, pakar psikologi IKRAM dan IKRAMTeens Negeri.

Dihadiri Naib Presiden IKRAM, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim selaku penasihat bagi perancangan program advokasi, sanggar kerja ini turut menjemput konsultan kekeluargaan Parent Connect, Puan Noor Afidah Abu Bakar.

Dalam pembentangan oleh Cik Asma’ Tajul Arifin, kajian menunjukkan bahawa statistik kes buli di Malaysia telah berkurangan dari 3,448 kes kepada 2,795 kes pada tahun 2016 sehingga 2017 hasil dari program pemasangan CCTV oleh pihak sekolah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Walau bagaimanapun, kesan yang dialami oleh mangsa buli adalah berpanjangan dan sangat terkesan kepada kesihatan mental, selain daripada masalah kurangnya self-esteem,” jelasnya.

Tambah beliau, kajian kesihatan mental pada tahun 2017 menunjukkan 1 daripada 5 orang anak muda mengalami kemurungan manakala 1 daripada 10 remaja berhadapan masalah tekanan perasaan.

“Buli boleh dibahagikan kepada tiga jenis; buli fizikal ekstrem, buli psikologi dan buli siber. Hasil kajian bagi punca buli di Malaysia majoritinya adalah kerana unsur rasisme.

“Golongan yang menjadi sasaran buli adalah lelaki yang lebih muda dan mempunyai prestasi akademik yang sederhana,” ujarnya.

Cik Asma’ juga turut berkongsi mengenai program KiVa yang dilaksanakan kerajaan Finland, yang menekankan tiga aspek iaitu mencegah gejala buli, menangani kes buli secara efektif dan pengawasan yang berterusan.

Ia dibahagikan kepada tiga unit kokurikulum; Unit 1 (6-9 tahun), Unit 2 (10-12 tahun) dan Unit 3 (13-16 tahun), malahan lima negara iaitu Belanda, Estonia, Itali, Wales dan United Kingdom telah mengaplikasikan program ini.

Malaysia pernah digemparkan mengenai kes Zulfarhan Osman Zulkarnain yang dibuli oleh rakan-rakannya menggunakan seterika wap sehingga menyebabkan maut.

Terkini, negara dikejutkan pula dengan kes buli di madrasah tahfiz yang juga menyebabkan kematian kepada pelajar berumur 7 tahun.

Menurut pakar psikologi klinikal, Puan Azlina Roszy Mohamad Ghaffar, kebanyakan kes buli yang terjadi bermula di rumah bergantung kepada persekitaran dan personaliti.

“Peranan utama dalam menangani buli ini sepatutnya dimulakan oleh ibu bapa seterusnya guru-guru di sekolah.

“Banyak contoh advokasi yang berjaya di luar negara yang telah berjaya bermula daripada mereka yang bukan pakar dan di Malaysia, advokasi yang telah berjaya adalah cuti paterniti bagi kaum bapa,” jelasnya.

Menurut Puan Noor Afidah pula, advokasi pencegahan buli seharusnya bermula daripada peringkat tadika.  

“Ianya adalah peringkat yang paling awal dan paing terbaik untuk diserap,” kata beliau.

Tambahnya, peranan ibu bapa juga sangat penting dalam advokasi buli dengan mengaplikasikan emotion coaching dan menggalakkan proses pembelajaran penyelesaian masalah sejak peringkat awal kepada anak-anak.

“Ibu bapa juga haruslah dididik terlebih dahulu mengenai isu buli ini,” katanya.

Sanggar Kerja Advokasi Buli yang pertama kali dianjurkan ini merumuskan bahawa perlunya pengkhususan dari segi perancangan strategik melalui penubuhan pasukan ‘RnD, Awareness dan Funding’.

Penganjur yakin kerjasama, sokongan dan usaha sama daripada pelbagai pihak terutamanya pihak kementerian, sekolah dan ibu bapa dalam membantu menjayakan advokasi menangani isu buli ini dapat dipertingkatkan pada masa akan datang.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia