Tahniah Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan

Tahniah Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan | IKRAM

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengucapkan tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan yang memenangi Pilihan Raya Presiden Turkiye pusingan kedua pada Ahad, 28 Mei lalu.

Angka rasmi menunjukkan Erdogan memperoleh 52.18 peratus undi, mengatasi pencabarnya, Kemal Kilicdaroglu yang meraih 47.82 peratus undi daripada lebih 54 juta rakyat Turkiye yang memilih.

Sejak menjadi Perdana Menteri pada 2003, Erdogan telah banyak melakukan pemulihan dan membangunkan Turkiye dari sudut ekonomi, infrastruktur, kesihatan dan pendidikan, serta meningkatkan kebajikan untuk rakyat.

Beliau turut melaksanakan projek-projek membantu rakyat termiskin, meningkatkan kualiti kehidupan rakyat, membina universiti di setiap wilayah Turkiye, malah mengedarkan komputer tablet percuma kepada semua murid, guru dan pentadbir sekolah, serta mewujudkan pelbagai inisiatif lain untuk membantu rakyat.

Beliau juga konsisten dalam memperjuangkan isu Palestin, membantu negara-negara umat Islam yang memerlukan seperti Somalia, Sudan dan kem pelarian Rohingya (yang dilawati isterinya), serta giat menyantuni jutaan pelarian Syria yang berada di negaranya.

IKRAM yakin Presiden Erdogan mampu memacu negaranya agar lebih maju dan sejahtera, yang menyantuni kebajikan rakyatnya, dan menjadi contoh pemimpin yang kompeten, berintegriti dan berwibawa, sekali gus menjadikan Turkiye salah satu negara contoh dunia Islam yang prihatin.

Hj Badlishah Sham Baharin
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

 

[ENGLISH VERSION]

Congratulations to Recep Tayyip Erdogan, President of Turkiye

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) would like to congratulate Recep Tayyip Erdogan on winning in the second round of the Turkish presidential election on Sunday, 28 May 2023.

Official figures showed that Erdogan received 52.18 percent of votes, defeating his challenger Kemal Kilicdaroglu who managed to get the other 47.82 percent out of more than 54 million votes.

Since becoming Prime Minister in 2003, Erdogan has revived and developed Turkiye on multiple fronts: its economy, infrastructure, health, and the welfare of its citizens.

He has also carried out projects which have assisted Turkiye’s poorest, improved the overall quality of life of its people, built a university in every province, and even distributed free tablets to all school pupils, teachers and school administrators, amongst many other welfare initiatives.

He has also been consistent in championing the Palestinian cause, helped other Muslim countries in need (such as Somalia and Sudan) and provided help to the Rohingyans in addition to coming to the aid of the millions of Syrian refugees currently in Turkiye.

IKRAM is confident that Erdogan will exemplify a strong and competent leader who possesses integrity, steering his country towards even greater prosperity and development in the process of turning Turkiye into an exemplary Islamic country that safeguards the welfare of its citizens.

Hj Badlishah Sham Baharin
President
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia