Wanita IKRAM PJ ‘menjejak kasih, menyulam sayang’
TAMAN MEDAN : Wanita IKRAM Petaling Jaya dengan kerjasama Pejabat ADUN Taman Medan, mengambil inisiatif menganjurkan Program Kesejahteraan Rumah Tangga 2011 dengan tema ”Menjejak Kasih, Menyulam Sayang” pada hari Ahad, 15 Mei 2011 bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya Sri Manja PJS 3.
ERAT 2011 bimbing bakal mahasiswa
PUTRAJAYA – IKRAMTeens Wilayah Persekutuan, IKRAMTeens Selangor, Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) dengan kerjasama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin telah menganjurkan satu program khas untuk lepasan SPM, STPM, STAM dan Matrikulasi iaitu Eksplorasi Remaja Ambang IPT (ERAT 2011). Program yang diadakan pada 3 Mei hingga 5 Mei ini berjaya mengumpulkan 144 orang peserta daripada hampir seluruh negara.
Hampir 2,000 ahli IKRAM sertai Muktamar Tarbawi Nasional 2010
SERDANG – Kira-kira 1,900 orang ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) berhimpun di Dewan B, Tapak Pameran Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) kerana menghadiri Muktamar Tarbawi Nasional (MTN) 2010 IKRAM di sini.
Gerakan Islam
Ak-Ikhwanul Muslimun Jama’at-e-Islami Pakistan
Anggota DERU 6 dan 7 paling ramai termasuk doktor, mahasiswa
KUALA LUMPUR – Misi DERU JIM-IKRAM diteruskan dengan menghantar 77 lagi sukarelawan ke Kedah dalam misi DERU 6 dan misi DERU 7. Konvoi kali ini disertai lebih ramai sukarelawan dari pelbagai latar belakang termasuk mahasiswa IPT dan orang ramai.
Banyak tanda tanya penahanan Zunar
Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
25 September 2010 / 17 Syawal 1431
BANYAK TANDA TANYA PENAHANAN ZUNAR
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius mengenai penangkapan dan penahanan kartunis terkenal Zulkiflee Anwar Ulhaque atau Zunar di bawah Akta Hasutan.
IKRAM pada dasarnya bersetuju dengan keperluan untuk melindungi masyarakat awam daripada diperdaya dengan laporan dan pengkhabaran palsu yang mencetuskan huru-hara di kalangan rakyat. Namun, tindakan keras yang diambil pihak polis dalam menahan Zunar menimbulkan pelbagai persoalan yang perlu dijelaskan demi mengekalkan kepercayaan masyarakat akan ketelusan dan keterbukaan kerajaan dalam menerima sebarang maklumbalas daripada masyarakat mengenai perlaksanaan amanah dan tanggungjawab kerajaan.