ERAT 2011 bimbing bakal mahasiswa

erat-poster-edit-4

erat-one-love5 erat-one-love1

Pada pagi Selasa 3 Mei, para peserta disajikan dengan slot “ONE LOVE” yang dikendalikan oleh Mohd Hafiz  Abdul Hamid, mesra dengan panggilan Abang Hafiz Bai, Pengerusi IKRAMTeens Wilayah Persekutuan. Dalam slot ini, peserta-peserta telah berkenal-kenalan sesama peserta dan mereka telah dibahagikan dalam beberapa buah kumpulan. Antara aktiviti yang dijalankan dalam slot ini seperti ‘Kerusi Bangkai’ dan ‘Army Yell’ telah berjaya memecahkan jurang antara peserta-peserta.

erat-u-pilihan1 erat-u-pilihan

Sebelah petangnya, slot “UNIVERSITI IDAMANKU” pula menyusul. Setiap kumpulan perlu mereka bentuk sebuah universiti idaman mereka dan setiap rekabentuk tersebut perlulah disertai dengan nama universiti, lukisan dan bidang-bidang pengkhususan yang ditawarkan di universiti tersebut. Seterusnya mereka perlu membentangkan hasil yang telah disiapkan. Lewat petang, peserta-peserta ERAT menyeratai riadah yang direka khusus supaya memberi pengajaran dan pendedahan kepada peserta tentang kehidupan di IPT kelak.

Seterusnya selepas Isyak, slot “LANGKAH MENUJU JAYA” telah disampaikan oleh Dr Roselainy, pensyarah UTM Kuala Lumpur. Bermula dengan refleksi kepada para peserta tentang tujuan utama ke IPT, seterusnya beliau menekankan tentang sikap yang perlu ada pada seorang mahasiswa yang berjaya. Dr Roselainy juga berkongsi tentang bagaimana menjadi mahasiswa yang berkualiti dan tidak dilupakan juga pengalaman-pengalaman yang dilalui beliau sepanjang beliau bergelar mahasiswa.

Seawal jam 4.30 pagi Rabu 4 Mei, peserta telah bangun untuk berqiamullail. Seusai solat Subuh, peserta berkumpul di dewan utama untuk bacaan mathurat dan tazkirah. Kemudian, para peserta berkumpul di ruang hadapan masjid untuk sesi riadah “AR-RUHUL JADID” bertujuan menguji kemampuan berfikir para peserta. Mereka dikehendaki mendengar arahan daripada Kem Komandan dan menghasilkan bulatan rantaian peserta mengikut formula yang telah diberikan.

erat-dr-adnan-2

Pagi Rabu 4 Mei, Dr Adnan Omar pula mengambil tempatnya sebagai penyampai bagi 2 slot yang sangat penting. Slot yang pertama ialah slot “Penyesuaian Bakat dan Bidang”. Para peserta dikehendaki mengisi borang ujian personaliti untuk menilai kecenderungan peribadi mereka. Berdasarkan jawapan yang diperolehi melalui borang tersebut, para peserta dapat mengetahui tentang bidang mana yang lebih sesuai dengan personaliti masing-masing berdasarkan 6 jenis karakter.

Ia memberi banyak pendedahan kepada para peserta tentang kemampuan diri mereka terutamanya kepada para peserta yang masih teragak-agak untuk memilih bidang di IPT kelak. Dr Adnan juga telah menjawab banyak persoalan dilema peserta yang masih dalam proses membuat keputusan pemilihan bidang.

erat-dr-adnan

Slot “SISWA BERTAQWA, SISWA GEMILANG” pula menyusul sebaik sahaja usai slot yang pertama tadi. Slot ini mengkhususkan tentang ciri-ciri mahasiswa yang berjaya berdasarkan tafsir surah al-Mukminum; ayat 1 hingga 11. Dalam slot ini, Dr Adnan telah membahagikan peserta kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan perlu mengekstrakkan isi kandungan setiap ayat tersebut.

erat-race6 erat-race5

Akhirnya, pada jam 11.30 pagi Rabu, tibalah slot yang ditunggu-tunggu oleh peserta ERAT ’11 iaitu slot “EXPLORACE@PUTRAJAYA”. Dalam slot Explorace ini, para peserta wajib melalui 7 tempat checkpoint yang terletak di seluruh Putrajaya dan menyelesaikan tugasan di setiap checkpoint tersebut. Para peserta hanya diberi duit sekadar cukup untuk naik dan turun bas menghabiskan explorace sehingga tiba di Masjid Besi semula. Antara checkpoint tersebut ialah Masjid Putra, Taman Warisan Pertanian, Putrajaya Sentral, Bangunan Perbadanan Putrajaya, Alamanda, Stesen Elektrik TNB dan termasuklah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

erat-race3 erat-race1

Kesemua tugasan di setiap check point sangat mencabar minda dan ketahanan para peserta. Contohnya, di Putrajaya Sentral, setiap kumpulan perlu mendapatkan bantuan seorang daripada bangsa India dan seorang daripada bangsa Cina utk menterjemahkan ayat yang diberi ke bahasa Tamil dan Mandarin. Secara umumnya, tugasan yang perlu disiapkan di setiap checkpoint mempunyai pengajaran masing-masing bagi mempersiapkan fizikal dan mental para peserta supaya mereka bersedia untuk melangkah ke alam universiti.

Hari terakhir pada pagi 5 Mei, peserta membuat persembahan berkumpulan bertemakan alam universiti. Ia kemudian disusuli dengan taklimat ringkas mengenai IKRAM dan KARISMA oleh Jawatankuasa IKRAM Pusat, Hj Nahar Md Nor dan Presiden KARISMA, Saudara Khairul Fadhli Ismail.

erat-one-love4 erat-one-love3

Selepas Zohor, majlis penutup telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Hj Ahmad Rizal Ghazali. Sebelum berpisah, peserta menyanyikan beramai-ramai lagu tema program ‘Sebiru Hari Ini’ sambil meletakkan tangan di bahu rakan yang lain sebagai kenangan terindah mewarnai penutup tirai ERAT 2011. Banyak respon positif daripada peserta daripada program tiga hari ini. Ia bernar-benar membimbing bakal mahasiswa untuk bersedia menghadapi suasana baru memasuki alam IPT.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia