Hampir 2,000 ahli IKRAM sertai Muktamar Tarbawi Nasional 2010

SERDANG – Kira-kira 1,900 orang ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) berhimpun di Dewan B, Tapak Pameran Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) kerana menghadiri Muktamar Tarbawi Nasional (MTN) 2010 IKRAM di sini.

Para peserta yang mula tiba dari seluruh pelosok tanah air sejak awal pagi mengambil peluang memulakan hari yang indah ini dengan bertemu sahabat handai untuk mengukuhkan silaturahim, sebelum kesemuanya bergerak masuk ke dewan.

Majlis dibuka dengan bacaan ayat-ayat al-Quran dari surah Hud ayat 41-47 oleh Ustaz Mohd Norhisham Ahmad. Para hadirin kemudiannya berdiri untuk menyanyikan lagu rasmi IKRAM dengan penuh semangat.

Pengerusi Jawatankuasa Tarbiah Pusat, Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria, dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran peserta ke muktamar ini. Menurut beliau, tema “Nuqaba’ Berwibawa Teras Kecemerlangan IKRAM” dipilih untuk MTN kali ini kerana tanggungjawab dakwah yang berat ini perlu dipikul oleh ahli-ahli IKRAM yang berwibawa. IKRAM percaya bahawa mereka yang berkualiti sahaja yang akan mampu memilih anasir-anasir yang berkualiti.

Tambah beliau lagi, objektif terpenting MTN ialah memberi semangat kepada para naqib supaya mereka dapat memikul beban amanah dakwah dan tarbiah dengan lebih komited, seterusnya melahirkan naqib-naqib lain untuk memajukan dakwah di tengah masyarakat. “Orang yang mampu mentarbiah dirinya sahaja yang akan mampu mentarbiah orang lain,” katanya.

“Kita yakin bahawa kemelut yang melanda masyarakat tidak akan dapat dirungkai dan diselesaikan melainkan dengan Islam sahaja,” tegas Ustaz Tajul Arifin lagi.

Acara-acara lain yang mengisi program sehari ini adalah ceramah khas “Ciri2 Nuqaba’ Berwibawa” oleh Pengarah Pembangunan Akademik Kolej Jaiputra Malaysia, Syeikh Mohamed Hamed Elawa. Ceramah dalam bahasa Arab itu telah diterjemahkan oleh Ustaz Abdul Muhaimin, manakala Dr Muhammad Azhar Zailaini bertindak sebagai moderator.

Forum di sebelah tengah hari berjudul “Nuqaba’: Realiti, Cabaran dan Harapan” pula menampilkan Timbalan Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Ir Dr Muhammad Fuad Yeoh Abdullah, Setiausaha Pemuda IKRAM, Mohd Hasyahril Mohd Hashim dan Ketua Wanita IKRAM, Ustazah Maznah Daud sebagai ahli panel. Majlis dikendalikan oleh Haji Yahanis Yahya.

Di sebelah petang, sesi perkongsian pengalaman luar negara dijayakan oleh M Matri Ageong selaku anggota Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia dan Syeikh Mohamed Hamed Elawa.

Majlis diakhiri dengan ucapan penutup oleh Ustaz Tajul Arifin, diikuti bacaan “Resolusi Muktamar Tarbawi Nasional 2010”  oleh semua hadirin.

Gerai-gerai jualan dan perkhidmatan nurseri untuk anak-anak turut disediakan dalam MTN 2010 ini.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia