Suburkan Budaya Bertanya, Elakkan Taqlid Buta

Pada dasarnya Wanita IKRAM bersikap terbuka dan mengalu-alukan untuk kita menerima dan mengamalkan budaya tawasau bil haq (saling berpesan dengan kebenaran) dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia.

Wanita IKRAM berpandangan tindakan menegur oleh Wardina Saffiyah secara terbuka adalah wajar oleh kerana ceramah yang didengarinya adalah ceramah umum dan terbuka. Tidak menjadi kesalahan untuk menegur dan bertanya secara terbuka dengan beradab untuk kemaslahatan umum bagi menyedarkan masyarakat dari sikap menerima sesuatu ilmu dari golongan ilmuan secara taqlid buta (mengikut tanpa hujjah yang sahih) menular di dalam budaya keilmuan. Sekiranya kesilapan itu dibuat secara peribadi maka ianya perlulah ditegur secara peribadi.

Wanita IKRAM juga menggesa pihak berwajib agar peka dengan situasi ini dan meningkatkan pemantauan penggunaan nas Al-Quran dan Al-Hadith yang dijadikan sumber dalil bagi menyokong kenyataan dan pandangan seseorang tokoh umum terutama dari yang berlatarbelakang agama kerana ianya boleh mengelirukan masyarakat. Menyatakan sesuatu dalil yang tidak sahih atas nama Rasulullah SAW adalah sesuatu perkara yang dilarang di dalam Islam.

Kemunculan tokoh-tokoh agama di kaca televisyen dan media sosial yang lain seperti melalui video sebaran di Youtube dan Facebook adalah amat dialu-alukan. Namun disiplin keilmuan mestilah dijaga bagi memastikan penyampaian sesuatu ilmu itu dapat membantu meningkatkan nilai keilmuan dan mendekatkan diri masyarakat kepada agama.

Masyarakat adalah digesa untuk bersikap berlapang dada dan tidak mudah melenting dalam menerima muhasabah serta elakkan budaya membalas teguran dengan cara menyerang peribadi, menyebut-nyebut perihal masa lampau seseorang, kerana pintu hijrah dan pintu taubat tetap terbuka luas bagi hati-hati yang ikhlas dan mendapat hidayat.

Semoga sikap berlapang dada menerima teguran menjadi budaya para ilmuan dan para penuntut ilmu.


Ustazah Maznah Daud
Ketua Wanita IKRAM Malaysia
19 April 2014

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia