Suara anak muda: PPSMI yang gagal diterjemahkan impaknya

Ianya jelas menggambarkan bahawa Tun Dr Mahathir kekal konsisten dengan pendirian beliau sewaktu memegang portfolio Menteri Pendidikan kira-kira 20 tahun yang lalu.

 

Sewaktu teka-teki mengenai siapakah yang akan menjadi Menteri Pendidikan sejurus selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14, Mahathir mencalonkan dirinya namun beliau dibangkang oleh rakyat.

 

Kerana apa? Kerana ia jelas membelakangi manifesto Pakatan Harapan dan semangat reformasi.

 

Benarkah PPSMI tidak relevan?

 

Jawapan mengenai persoalan di atas sebenarnya wajar untuk kita fikirkan bersama.

 

Tetapi bukan itu sahaja yang kita patut fikirkan. Persoalan mengapa dasar pendidikan negara berubah secara drastik setiap kali pengemudinya bertukar tangan juga harus kita sentuh.  

 

Apa sudah jadi dengan Pelan Pendidikan Malaysia 2015-2035? Adakah ianya dibiarkan begitu sahaja? Sejauh mana produk PPSMI sebelum ini memberi keuntungan kepada negara?

 

Adakah pelaksanaan PPSMI menyelesaikan permasalahan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar? Bagaimana nasib pelajar di kawasan luar bandar dan pedalaman mengenai pelaksanaan dasar cacamarba ini?

 

Cuba renungkan. Ke manakah kita sebenarnya? Apakah tujuan kita sebenarnya?

 

Saya lihat kelemahan menjalankan dasar PPSMI tidak akan menyelesaikan masalah kelemahan penguasaan bahasa Inggeris pelajar kerana masalahnya berkait dengan pengajaran Bahasa Inggeris itu sendiri.

 

Selain itu, saya berpandangan bahawa risiko pelaksanaan keputusan itu dijangka besar sekali. Hal ini kerana, guru Matematik dan Sains tidak semestinya guru yang mahir berbahasa Inggeris dan dikhuatiri timbul keadaan “yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran”.

 

Penguasaan Bahasa Inggeris pelajar tidak meningkat dan penguasaan ilmu Sains dan Matematik mereka terjejas kerana masalah bahasa yang dihadapi.

 

Kita perlu akui bahawa rakyat di Malaysia ini mempunyai pelbagai taraf dan kelas, bukan semuanya lahir di kota raya semacam di Damansara, Johor Bahru atau Ipoh. Bagaimana keadaan anak-anak kita yang berada di pinggiran bandar, ceruk hutan dan pedalaman seumpama Gua Musang, Endau atau pedalaman Sarawak?

 

Pandangan ini bukanlah untuk merendahkan segolongan rakyat Malaysia di sesebuah tempat. Dan saya tahu sudah pasti pandangan ini tidak popular, tetapi ia merupakan pengharapan masa depan generasi anak-anak kita sekarang. 

 

Isu ini melibatkan pelbagai faktor pemboleh ubah antaranya kemahiran guru, latar belakang keluarga, akses bahan atas talian, kadar kemiskinan dan sebagainya. Usahlah bermimpi. Kita tidak pernah berjaya pun. Usaha untuk mengembalikan PPSMI di medan arus perdana hari ini hanyalah sebuah utopia.

 

Usahlah kita menambah beban guru dengan kerja-kerja perkeranian yang membukit. Setiap kali tukar dasar baru, maka berlumba-lumbalah sekolah menghantar guru berkursus untuk mendengar taklimat. Kemudian, tukar lagi menteri baru.  Akhirnya, guru juga yang menjadi mangsa. Guru pening, pelajar juga ikut pening. 

 

Jikalau tujuan PPSMI dilaksanakan untuk memperkasakan bahasa Inggeris, perkasakanlah metod pengajaran Bahasa Inggeris itu sendiri. Perhebatkan kosa kata dan arena penterjemahan dengan memastikan impaknya buat generasi baru dalam memartabatkan bahasa Melayu lebih merakyat. 

 

DLP harus diperkasakan secara signifikan

 

Semua maklum bahawa kita memiliki Program Dwibahasa atau Dual Language Programme (DLP) yang bermula sejak tahun 2016.

 

Program ini memberi ruang kepada sekolah untuk memilih pembelajaran menggunakan bahasa Melayu atau Inggeris mengikut kemampuan pelajar dan pilihan ibu bapa. Sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah diberi autoriti untuk memutuskan keputusan berdasarkan faktor dan konteks mereka.

 

Program DLP lebih praktikal dan memberi peluang kepada ibu bapa membuat pilihan. Oleh itu, ia wajar dikembangkan dengan memberi sokongan yang sewajarnya kepada sekolah yang bersedia untuk melaksanakannya.

 

Kita percaya bahawa pendidikan ini adalah untuk semua. Ia juga untuk membangunkan komuniti. Setiap komuniti di merata pelusuk negara ini mempunyai kapasiti yang berbeza-beza. Justeru itu, pemartabatan bahasa Malaysia haruslah diusahakan hingga tuntas serta tidak lupa kepada pembangunan secara menyeluruh dalam pemerkasaan bahasa Inggeris.

 

Saya pasti ibu bapa dan sekolah lebih memahami kemampuan pelajar dan guru mereka berbanding pendekatan yang bersifat pukul rata. Obsesi Tun Dr Mahathir mengenai pelaksanaan PPSMI ini terang sekali menjejaskan sebahagian besar pendidikan anak-anak di luar bandar. 

 

Saya berharap agar keputusan yang diumumkan ini dapatlah dibincangkan kembali bersama kabinet. Pendidikan ialah alat perubahan. Kita harus terus bersabar, berperanan dalam segenap aspek serta teruskan mengkritik demi penambahbaikan secara maksimum.

 

Saya kira pemantauan berkala oleh KPM dalam memastikan program DLP seumpama ini dapat memberi kesan positif kepada pelajar dan guru dalam memperkukuhkan bahasa Malaysia tanpa melupakan kepentingan bahasa Inggeris.

 

Melalui usaha sebegini, kita juga harus komited dalam memperkaya industri penterjamahan karya asing kepada bahasa Melayu, memartabatkan bahasa dalam Internet, penganjuran kolokium bahasa, memperagakan kekayaan kosa kata dan sebagainya. 

 

Jangan memandai cakap sayang bahasa, buatlah sesuatu tanpa terlalu bersandar pada dukungan kerajaan. Hendak seribu daya, jangan seribu dalih!

 

Penulis, Luthfi Yusri dan Ilham Nordin merupakan penyelidik di Strategic Research and Development Team of HARMONI, Persatuan Belia HARMONI Universiti Malaya.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia