Stres memandu: Malaysia perlu sistem lalu lintas efisien

Stres Memandu Lalu Lintas Efisien

SERI KEMBANGAN – Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia, Dr Hazli Zakaria berkata, Malaysia perlu tampil dengan sistem atau koordinasi yang lebih teratur dalam menguruskan kesesakan lalu lintas bagi mengurangkan tahap stres dialami pemandu ketika ini.

 

Beliau berkata, koordinasi ini termasuklah menambah baik waktu yang bersesuaian untuk sekatan jalan raya dan kerja-kerja penyelenggaraan jalan diadakan.

 

“Malaysia boleh menjadikan Singapura sebagai contoh untuk menambah baik pengurusan sedia ada kerana negara itu mempunyai sistem yang efisien sehingga berhasil mewujudkan pengalaman memandu yang kondusif.”

 

Menurutnya, banyak punca yang dikenal pasti menyebabkan peningkatan stres ketika memandu di negara ini.

 

“Antaranya kerana terpaksa berdepan sekatan jalan raya oleh pihak berkuasa yang menyempitkan lorong dan juga pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan jalan pada masa yang tidak bersesuaian,” jelasnya.

 

Dr Hazli berkata, semua ini akan memberi kesan pada kadar ketahanan rakyat Malaysia atau kebolehan mereka untuk memandu, sebab itu perlu ada sistem pengurusan yang menyenangkan pengguna.

 

“Saya berharap pemandu turut dapat memperbaiki tabiat pemanduan mereka dengan membuat perancangan dan persediaan teliti sebelum memulakan perjalanan.”

 

Jelasnya lagi, ia bagi mengelakkan risiko terjadinya stres ketika pemanduan.

 

“Ini kerana kualiti jalan raya di Malaysia berada pada tahap yang baik jika dibandingkan dengan beberapa negara lain di rantau Asia Tenggara, namun tahap stres rakyat ketika memandu adalah lebih tinggi,” ujar Hazli.

 

Dr Hazli yang juga Konsultan Psikiatri dan Psikoterapi, Klinik Pakar Alaminda, Shah Alam berkata demikian bagi mengulas kajian sebuah platform antarabangsa Confused.com baru-baru ini yang mendedahkan Malaysia menduduki tangga kelapan sebagai negara paling stres untuk memandu berdasarkan kepada 72 daripada 100 skor diraih.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia