Strategi lestari tangani pandemik

PKP, PKP dan PKP lagi. Negara dilihat semakin ketandusan idea dan langkah dalam memerangi Covid-19 yang kini semakin mengganas. Adakah kita sedang mengambil langkah yang sama dan mengharapkan keputusan berbeza? Ia perlu dinilai semula.

 

Saat trend kes kematian dan harian Covid-19 global menurun menurut laporan John Hopkins University, kes harian di negara kita pula semakin meningkat. Bahkan bagi nisbah jumlah kes positif bagi setiap sejuta rakyat di negara-negara Asia, Malaysia kini berada di tangga kedua paling tinggi selepas India.

 

Di mana silapnya? Ya, sebahagiannya kita boleh salahkan rakyat yang tidak menjaga prosedur operasi standard (SOP) dan juga varian baru Covid-19 yang lebih agresif dan cepat merebak. Namun, sebahagian lagi sepatutnya diletakkan di bahu kerajaan.

 

Menurut Dato’ Dr Musa Nordin dalam ulasannya, Majlis Keselamatan Negara (MKN) bukan saja wajib menumpukan perhatian kepada kaedah-kaedah mengetatkan lagi sekatan pergerakan ke atas rakyat, tetapi juga wajib menilai kembali strategi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

Beliau melihat strategi KKM semenjak September 2020 telah gagal untuk melandaikan lengkung jangkitan Covid-19 dan kini berdepan dengan krisis sistem kesihatan yang tidak berupaya untuk menampung dan mengurus kes yang melambung tinggi dan kematian yang terus meningkat.

 

Tegas beliau, amat wajar untuk MKN merujuk kepada kumpulan Expert Advsiory Group (EAG) yang telah dilantik oleh Perdana Menteri kerana mereka telah pun memberikan beberapa cadangan yang bernas dan praktikal tetapi masih tidak dioperasikan oleh KKM yang terperangkap dengan kaedah ‘business as usual.’

 

Dr Musa turut menggariskan cadangan strategi Covid-19 yang lestari berpandukan sains untuk melakukan mitigasi demi mengawal penularan pandemik ini. Strategi ini berpaksikan kepada empat pendekatan yang utama iaitu: 

 

1. Mendapatkan semula kepercayaan rakyat jelata;

2. Menetapkan semula (Reset) FTTIS (Find, Test, Trace, Isolate and Support) dengan kadar respons yang pantas;

3. Penggunaan sains data, Artificial Intelligence (AI) dan solusi digital yang melajukan gerak kerja dan meringankan bebanan kepada pekerja kesihatan, dan 

4. Meningkatkan keyakinan kepada vaksin, mempercepatkan dan menaikkan skala pemberian vaksin.

 

Pendekatan-pendekatan dalam melaksanakan strategi ini wajar dilaksanakan KKM dan tidak hanya bergantung kepada PKP semata-mata. Selain itu, kita wajar mencontohi kejayaan Singapura dalam melandaikan lengkuk Covid-19 dan mengekalkan kes positif harian yang rendah dengan mengambil pengalaman mengendalikan wabak SARS pada 2003.

 

Jika kita masih terperangkap dalam gelombang Covid-19 yang tidak sudah dan hanya bergantung dengan kitaran PKP yang tidak menentu, sudah tentu negara juga terus dilanda ketidaktentuan dalam ekonomi, pendidikan dan sebagainya sekali gus boleh memusnahkan lebih banyak nyawa dan mata pencarian rakyat.

 

Negara memerlukan strategi dan solusi yang tepat dan pantas untuk menghadapi pandemik ini. Dengan meningkatkan kepercayaan rakyat, memperbaiki strategi sedia ada, memperkasakan solusi digital serta segera meningkatkan kadar vaksinasi dalam kalangan rakyat, pandemik ini akan segera berlalu, insya-Allah.

 

[Minda Editor]

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia