SPR Perlu Mudahkan Akses di Tempat Mengundi

SPR Perlu Mudahkan Akses di Tempat Mengundi | IKRAM

Dalam satu wawancara yang dianjurkan oleh UMNO Online bersama bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar ada mengulas berkenaan isu pelaksanaan Pilihan Raya Umum (PRU) pada musim tengkujuh.

Menurut beliau, soal banjir bukan isu besar kerana SPR berpengalaman tentang perkara ini. Ini mungkin ada benarnya kerana dalam sejarah negara, memang pernah dilaksanakan PRU pada musim tengkujuh iaitu pada PRU 1999. 

Tapi ada satu kenyataan bekas Timbalan Pengerusi SPR ini yang menarik perhatian saya. Kata beliau, “Saya pasti, jarang ada pusat mengundi sekolah-sekolah tenggelam.”

Ya benar, sekolah yang menjadi tempat mengundi tidak tenggelam. Tapi kita harus sedar bahawa jalan untuk pergi ke tempat mengundi itu besar kemungkinan tenggelam! 

SPR harus menjayakan pelaksanaan PRU ini bukan semata-mata memberikan alat dan tempat untuk rakyat  mengundi, tapi juga memastikan akses untuk rakyat dapat menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi juga diberikan dengan sebaiknya. 

Saya fikir, kenyataan bekas Timbalan Pengerusi SPR ini tidak memberikan perhatian kepada akses untuk rakyat dapat menunaikan tanggungjawab mereka. Ia separuh lengkap.

Saya percaya SPR memang mampu melaksanakan PRU kali ini jika mereka hanya melihat peranan mereka cukup mempersiapkan tempat mengundi. Tapi jika mereka melihat peranan mereka juga ada pada akses, SPR wajar melihat semula kerja mereka. 

Pada PRU14 yang lepas dalam Laporan Awal Pasca Pilihan Raya Bagi Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14 yang dikeluarkan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), ada beberapa perkara yang wajar untuk kita perhatikan kepada kerja-kerja SPR berkaitan dengan akses ini.

Antaranya adalah kesukaran untuk memasuki tempat pengundi. Ada saluran pengundian bagi golongan warga emas ditempatkan di tingkat atas. Mereka yang sudah berusia ini tiada cara lain untuk mengundi melainkan perlu menaiki tangga untuk ke atas. Ia menyukarkan mereka. 

Ya, sekolah tidak tenggelam. Tapi ada sesuatu menyukarkan akses mengundi. 

Selain itu, ada halangan untuk pengundi dapat memasuki tempat mengundi hanya kerana masalah pemakaian apabila memakai seluar pendek atau selipar. Meskipun dijamin oleh SPR tiada kod pemakaian khusus (aneh sekali jika ada), tapi apa yang dijamin tidak sama dengan apa yang berlaku di pusat mengundi.

Ya, sekolah tidak tenggelam. Tapi ada sesuatu menghalang akses mengundi. 

Pada PRU yang lepas juga, ada percubaan menyingkirkan pengundi secara beramai-ramai kerana sudah melewati jam 5.00 petang yang merupakan masa tutup pusat mengundi.

Anehnya, yang disingkirkan itu bukanlah orang yang lambat tiba. Tapi mereka yang sudah beratur lebih daripada dua jam, bahkan ada yang sehingga enam jam! 

Gara-gara proses pengundian yang terlalu perlahan, mereka yang datang sebelum jam 5.00 petang dinafikan hak untuk mengundi.

Ya, sekolah tidak tenggelam. Tapi ada sesuatu menutup akses mengundi.

Saya fikir, kerja SPR bukanlah semata-mata melaksanakan urusan pengundian dan pemilihan yang bersifat teknikal. Lebih utama, ia harus memastikan semua proses itu mempermudahkan dan menggalakkan rakyat turun mengundi. 

Usaha ini penting supaya sistem dan semangat demokrasi ini kita pelihara dengan sewajarnya. Jika tidak ramai yang dapat turun mengundi kerana masalah akses, maka tidak absahlah kemenangan calon yang bertanding untuk benar-benar mewakili parlimen yang ditandingi. 

Saya berharap pihak SPR mempunyai perancangan yang baik khususnya dalam mengatasi situasi perubahan iklim yang sebenarnya jauh berbeza jika dibandingkan pengalaman pada PRU 1999 yang lalu.

Perancangan itu harus memastikan semua pengundi ada akses yang baik ke pusat mengundi bermula dengan sampainya pengundi ke tempat mengundi, lakukan undian dan akhirnya penentuan hasil undian bagi membentuk kerajaan.

Usaid Asmadi
Ketua Penerangan
IKRAM Muda Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia