PRU15: Peranan SPR Pastikan Pilihan Raya Telus, Adil

Pada 20 Oktober 2022 yang lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) selaku badan yang bertanggungjawab mengurus pilihan raya telah mengumumkan tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Penamaan calon dijadualkan pada 5 November 2022, pengundian awal pada 15 November 2022 dan hari mengundi ditetapkan pada 19 November 2022.

Rakyat Malaysia yang prihatin pasti sangat mengharapkan agar mandat untuk mengundi (memilih) kepimpinan negara ini dilaksanakan dengan telus dan adil.

Seksyen 5 (1) (a) Akta Pilihan Raya 1958 menyebut, “SPR hendaklah menjalankan kawalan dan penyeliaan ke atas perjalanan pilihan raya dan pendaftaran pemilih dalam daftar pemilih, dan hendaklah menentukan supaya semua pegawai pilihan raya menjalankan tugasnya dengan adil, tidak berat sebelah…” 

Berikut beberapa cadangan kepada SPR selaku badan yang bertanggungjawab mengurus pilihanraya untuk memastikan PRU15 kali ini telus dan adil:

1. Menyediakan infrastruktur serta tahap keselamatan yang baik sepanjang tempoh PRU15 berlangsung termasuk mengawal, menangkap, mencegah perlakuan yang merupakan kesalahan seperti provokasi atau kelakuan yang mengganggu ketenteraman awam.

2. Sekiranya berlaku bencana seperti hujan berterusan dan bencana banjir besar melanda, SPR sewajarnya mengenal pasti cara agar mereka yang terkesan tidak dinafikan hak untuk mengundi.

3. Petugas-petugas pilihan raya juga hendaklah dilantik oleh SPR daripada kalangan mereka yang berintegriti. 

Penjawat awam yang bertugas sebagai petugas hendaklah kekal neutral dan tidak menghadiri sebarang kempen pilihan raya. 

Peranan SPR di sini adalah dengan mengambil tindakan atau menggantikan mana-mana penjawat awam yang didapati tidak neutral. 

4. Melantik pemerhati dari luar juga adalah satu idea yang baik seperti dilakukan oleh SPR pada PRU14 yang lalu dengan menjemput Badan Pengurusan Pilihan Raya sebagai pemerhati antarabangsa dari 13 negara termasuk anggota ASEAN dan Komanwel serta Asia, selain Malaysian Commonwealth Studies Centre (MCSC) iaitu sebuah pusat kajian dan sokongan kepada Badan Pengurusan Pilihan Raya berpangkalan di Cambridge, United Kingdom.

Akhir kata, SPR yang bebas sangat penting bagi memastikan proses pilihan raya berjalan secara telus dan adil selaras dengan visi SPR itu sendiri untuk mendaulatkan sistem demokrasi di Malaysia.

Ahmad Fauzan Abdul Aziz
Ahli Jawatankuasa IKRAM Legal

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia