Tarikh PRU15: Hari Mengundi Sabtu, 19 November 2022

Tarikh PRU15: Hari Mengundi Sabtu, 19 November 2022 | IKRAM

PUTRAJAYA – Tarikh Hari Mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah ditetapkan pada Sabtu, 19 November 2022.

Perkata itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh dalam sidang media pengumuman PRU15 hari ini.

Hari penamaan calon pula ditetapkan pada Sabtu, 5 November 2022, dengan tempoh kempen selama 14 hari, manakala hari pengundian awal pada 15 November 2022.

Di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), hanya tiga negeri yang akan mengadakan pilihan raya iaitu Perak, Perlis dan Pahang.

Namun negeri-negeri lain di bawah pentadbiran Pakatan Harapan iaitu Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor, dan PAS iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak mengikuti langkah tersebut.

Negeri Sabah, Sarawak, Melaka, Johor juga tidak mengadakan pilihan raya kerana tempoh penggal masih panjang dan telah berlangsung pilihan raya negeri (PRN)  lebih awal.

PRU15 diadakan selepas Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen pada 10 Oktober lalu.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia