SPM 2024: IKRAM Muda Anjur Seminar Matematik Bantu 250 Calon

SERI ISKANDAR – Program Brainiac Mathematics Seminar telah diadakan bagi meningkatkan pencapaian Matematik untuk 250 orang pelajar calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Ahad, 19 Mei lalu di Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Seminar tersebut dianjurkan IKRAM Muda Perak, IKRAMTeens dan Persatuan HARMONI UTP dengan kerjasama Admission, Records & Marketing Youth (ARMY) UTP.

Para peserta seminar ini terdiri daripada pelajar Tingkatan 5 dari sekitar Ipoh, Perak Tengah, Manjung, Teluk Intan dan Sungai Siput yang mana sebahagian besarnya terdiri daripada keluarga B40.

Turut serta dalam program ini adalah 55 orang pelajar Orang Asli dari Sekolah Menengah Orang Asli Nurul Hidayah, Kampung Kenang, Sungai Siput dan 20 orang pelajar MRSM Parit.

Menurut Ketua IKRAM Muda Perak, Dr Azizul Salehudin, Brainiac Mathematics Seminar merupakan salah satu program pembangunan akademik bagi membantu melonjakkan pencapaian SPM terutama dalam subjek-subjek STEM.

Katanya, program ini adalah percuma dan mendapat tajaan daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Perak dan Majlis Agama Islam Perak (MAIPk).

“Selain pembangunan akademik, IKRAM Muda Perak turut menekankan pembangunan holistik dalam aspek sahsiah, kepimpinan dan kesihatan mental dalam program-program yang mereka anjurkan,” jelas beliau.

Menariknya dalam program ini, para peserta juga dibawa melawat fakulti-fakulti di UTP bagi meningkatkan motivasi mereka untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Salah seorang peserta dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Manjung, Muhammad Nabiel Shah Rizan berkata, ini adalah kali ketiga beliau menyertai program anjuran IKRAM Muda Perak.

“Setiap program membawa kelainan dan sangat membantu kami para remaja meningkatkan kualiti diri,” ujarnya.

“Kami rasa amat bertuah diberi peluang mempelajari matematik dengan pelajar cemerlang dan melawat universiti yang canggih ini,” kata Zurania Abus, pelajar Orang Asli Jalong Tinggi, Sungai Siput.

Pengarah Brainiac Mathematics Seminar yang juga ahli HARMONI, Faris Amani Mohd Kamal berkata, sebagai mahasiswa, mereka berasa bertanggungjawab untuk membimbing adik-adik remaja ini agar cemerlang dalam pelajaran.

“Moto kami dalam HARMONI adalah ‘Dari Kampus Membina Negara’,” tambah beliau yang merupakan salah seorang pelajar cemerlang UTP dan tenaga pengajar seminar.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia