Speaker Singapura Letak Jawatan: Kekalkan Integriti

Speaker Singapura Letak Jawatan: Kekalkan Integriti | IKRAM

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata pada Isnin bahawa dua penggubal undang-undang partinya termasuk Speaker Parlimen telah meletak jawatan.

“Saya menyifatkan langkah itu sebagai perlu bagi mengekalkan integriti parti. Speaker Parlimen, Tan Chuan-Jin, tidak berjaya dalam tingkah laku peribadinya dan memahami hasratnya untuk menarik diri daripada politik,” kata Hsien Loong dalam satu kenyataannya.

Dilaporkan bahawa hubungan sulit yang terjalin antara Chuan-Jin bersama ahli Parlimen, Cheng Li Hui dilaporkan menjadi punca utama kedua-duanya meletak jawatan.

Jelas Hsien Loong dalam kenyataannya, kedua-dua peletakan jawatan itu perlu bagi mengekalkan prosedur kesopanan dan peribadi yang tinggi yang Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah pertahankan selama ini.

Sebelumnya, Chuan-Jin memohon maaf kepada seorang ahli parlimen pembangkang pada minggu lalu kerana menggunakan bahasa kesat. 

Beliau menggumam dengan suara yang perlahan, tetapi segalanya terdedah berikutan adanya rakaman ketika berlangsungnya sidang parlimen.

Dilaporkan peletakan jawatan Speaker tersebut dibuat selepas klip video tersebar selama beberapa jam di media sosial, yang menunjukkan beliau menghina ahli parlimen lain.

Pejabat Menteri memetik kata Speaker Parlimen dalam surat peletakan jawatannya, “Saya membuat kesilapan di Parlimen apabila saya berkata kurang sopan yang tidak wajar disebut di Parlimen.”

Persediaan PRU 2025

Perdana Menteri Singapura sebelum ini menyeru ahli partinya untuk mengekalkan rakyat Singapura di sisi mereka untuk memastikan kawalan kuasa dengan mandat yang kuat  sempena pilihan raya umum yang dijadualkan pada 2025.

Terdahulu pada November 2022, Perdana Menteri Singapura itu berkata, penggantian politik akan diserahkan kepada timbalannya, Menteri Kewangan Lawrence Wong, 49, sempena pilihan raya umum yang dijadualkan pada 2025.

Beliau turut menyeru ahli partinya untuk mengekalkan rakyat Singapura di sisi mereka bagi memastikan mereka memegang kuasa dengan mandat yang kuat.

Beliau menambah bahawa Parti PAP yang dipimpinnya akan terus memperbaharui kepimpinan melalui generasi keempat kader parti.

Hsien Loong sebelum ini mengumumkan bahawa beliau akan menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Wong, 49, sebaik sahaja dia bersedia.

Bagi Wong, beliau mengingatkan ahli parti bahawa memenangi pilihan raya akan datang tidak boleh dipandang remeh, walaupun parti itu menguasai negara sejak 1959.

Pertempuran yang sukar

Menurut Wong, pembangkang akan menjadi lebih kuat dalam pilihan raya akan datang sebagaimana pesaingnya  memenangi lebih banyak kerusi dan undi dalam pilihan raya baru-baru ini.

“Walaupun kita mengemukakan calon yang baik dan berjuang untuk memenangi setiap kerusi, kita perlu bersedia kerana kita tidak akan memenangi kesemuanya dan kita tidak boleh menganggap bahawa kita akan membentuk kerajaan seterusnya, sama ada itu berlaku sebelum atau pada 2025, kita sudah tahu bahawa ia akan menjadi satu pertempuran yang sukar.”

Singapura ialah pusat kewangan dan ekonomi global, terletak di titik pertemuan Selat Melaka yang strategik dan Laut China Selatan.

Negara itu juga dianggap sebagai rakan strategik rapat Amerika Syarikat di Asia Tenggara dan mengekalkan hubungan rapat dengan China, rakan dagang terpentingnya, dengan tiga perempat daripada rakyatnya adalah kaum Cina, manakala Melayu membentuk 13 peratus dan India 9 peratus.

PAP ditubuhkan pada 1954 di Victoria Memorial Hall yang menyasarkan pekerja perkhidmatan pos dan telekomunikasi, ahli persatuan, guru sekolah dan golongan kelas pertengahan.

Matlamat PAP ialah untuk mendorong rakyat Singapura membangunkan suatu negara baru dengan usaha mereka sendiri sambil memainkan peranan sebagai penyelenggara.

Kekalkan integriti

Berbeza di Malaysia yang mana segelintir wakil rakyat yang memenangi pilihan raya sangat hilang adab apalagi integritinya. Walhal, ia melibatkan soal akhlak, tingkah laku apatah lagi maruah.

Seharusnya tindakan yang dilakukan Speaker Singapura ini dijadikan pedoman kepada semua wakil rakyat di negara mana pun, termasuklah Malaysia.

Apabila melakukan kesilapan hingga mencemarkan imej parti mahupun diri, ia seharusnya meletakkan jawatan, bukan menafikan apa yang telah terjadi apalagi disokong oleh ahli-ahli parti yang taasub ‘membabi buta.’

Terimalah kebenaran walaupun daripada siapa yang mengungkapkannya, sebagaimana kata Abdullah bin Mas’ud (Sifatus Safwah):

“Sesiapa yang datang membawa kepadamu kebenaran, maka terimalah walaupun datang dari tempat yang jauh atau bersumber daripada orang yang engkau benci. Siapa yang datang membawa kesesatan kepadamu maka tolaklah walaupun datangnya dari orang yang engkau cintai dan dari tempat yang sangat dekat.”

Sesungguhnya tugas kita adalah melihat esensi (unsur) dan substansi (bahan) suatu kebenaran. Kita tidak perlu terlalu disibukkan dengan siapa yang menyampaikan kebenaran tersebut. 

Semua perkara ada kemungkinan boleh diterima atau ditolak, kecuali perkataan dan nasihat daripada Rasulullah Sallallahualaihiwasallam yang mulia yang harus benar-benar diterima dengan keimanan.

Atriza Umar
Pegawai Jabatan Komunikasi dan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia