Solat Subuh Besar-Besaran Sekat Pencerobohan al-Aqsa

Solat Subuh Besar-Besaran Sekat Pencerobohan al-Aqsa | IKRAM

Rakyat Palestin diseru untuk solat Subuh secara beramai-ramai dan ribath (berjaga-jaga/mengawasi) di Masjid al-Aqsa, bermula Selasa untuk menghadapi pencerobohan dan rancangan pendudukan Yahudi sempena Hari Takhta Ibrani.

Aktivis Baitulmaqdis, Muhammad al-Jallad menyeru agar menunaikan solat Subuh secara besar-besaran di perkarangan Masjid al-Aqsa bagi menyekat pencerobohan tersebut.

Tambahnya, semua orang yang boleh sampai ke al-Aqsa perlu berkumpul di dalam al-Aqsa, seterusnya bangkit untuk melawan pencerobohan para pendatang haram.

“Para pendatang bergerak untuk menyerbu masjid kita yang penuh barakah, dan mereka mahu mencecah rekod 5,000 peneroka yang mencemarkan masjid kita,” kata al-Jallad.

Eksploitasi Cuti

Dalam pada itu, pakar dalam hal ehwal Baitulmaqdis, Ziad Abhis mengesahkan bahawa penjajah dan kumpulan kuil Yahudi ekstremis cuba mengeksploitasi Hari Cuti.

Eksploitasi ini dilakukan bagi menggerakkan pencerobohan Masjid al-Aqsa untuk menjalankan ritual al-kitabiah (Kitab Ulangan) mereka iaitu dengan membaca kitab kelima dalam Alkitab Ibrani.

“Penjajah sedang menggerakkan bilangan penceroboh terbesar untuk esok, dengan tujuan meningkatkan kehadiran Zionis di al-Aqsa,” kata Abhis.

Beliau menegaskan, tahun ini terdapat halangan bilangan kehadiran pencerobohan ke Masjid al-Aqsa yang menjelaskan bahawa operasi penentangan di Tebing Barat menyemai ketakutan penceroboh dan menjejaskan bilangan mereka.

Selama dua puluh hari, kumpulan pelampau kuil Yahudi terus menyebarkan seruan dan menggerakkan pendatang haram untuk mengambil bahagian dalam pencerobohan terbesar Masjid al-Aqsa dalam sejarahnya.

Aplikasi Khas

Aplikasi khas telah diwujudkan untuk penyertaan dan mendaftarkan peserta. Halamannya turut disiarkan di pelbagai platform media sosial.

Menurut Abhis, ia dibuat bagi memperingati peristiwa al-kitabiah yang berulang setiap tujuh tahun sekali yang dikenali sebagai Hari Perhimpunan Massa, yang dianggap hari pertemuan besar-besaran mengikut kepercayaan Yahudi.

Selain itu, ia berdasarkan teks dalam Kitab Ulangan yang menyeru orang Yahudi berkumpul untuk berdoa bersama lelaki, wanita dan kanak-kanak pada ‘Hari Raya’ mereka selepas tahun kemusnahan tanah, iaitu tahun di mana mereka menahan diri daripada mengusahakan tanah mereka.

Organisasi kuil itu juga bersedia mencapai 5,000 penyertaan yang menjadikannya pencerobohan terbesar ke dalam Masjid al-Aqsa sejak pendudukan Israel di Baitulmaqdis pada 1967.

Intifada di Tebing Barat 

Setiausaha Agung Gerakan Jihad Islam, Ziad al-Nakhalah, mengesahkan bahawa terdapat kerjasama sepenuhnya antara gerakan Jihad Islam dan Briged Syuhada al-Aqsa di Tebing Barat.

“Terdapat keterbukaan yang besar dengan Briged Syuhada al-Aqsa, dan kami tidak menetapkan sebarang syarat atau had keterbukaan kepada gerakan Fatah untuk bekerjasama dengannya sepenuhnya.”

Beliau berkata, apa yang berlaku di Tebing Barat hari ini adalah revolusi yang nyata dan serius dalam menghadapi penjajahan.

Briged Jenin memainkan peranan utama dalam meledakkan revolusi ini di Tebing Barat menekankan bahawa kerjasama dengan Briged Syuhada al-Aqsa bermula selepas ‘Terowong Kebebasan’ beroperasi, hingga membuka ufuk besar bagi penentangan di Tebing Barat.

Pemuda Palestin berkumpul dalam wadah batalion yang tersebar di seluruh Tebing Barat dan memberikan model dalam perpaduan.

Beliau menegaskan bahawa apa yang berlaku di Tebing Barat adalah pemberontakan bersenjata.

“Apa yang berlaku di Tebing Barat, penentangan adalah sebahagian daripada operasi besar untuk membebaskan Baitulmaqdis, dan apa yang berlaku di Tebing Barat adalah operasi revolusi dan penentangan dalam menghadapi projek Zionis.”

Beliau turut menegaskan bahawa setiap senjata, setiap peluru dan syahid tidak terasing daripada agenda penentangan.

“Prestasi gerakan dalam pertempuran Unity of Squares (menentang Zionis Israel, Ogos 2022) adalah satu penilaian dan penghargaan bagi kami tentang kerja ini,” kata an-Nakhalah.

Beliau turut menekankan bahawa selepas pertempuran Unity of Squares, Briged al-Quds diperkuatkan dengan seribu pejuang dan kader tentera diperkuatkan dengan pemimpin baru. 

“Salah satu kesilapan yang berlaku dalam pertempuran Unity of Squares ialah kami berhenti menembak selepas 50 jam,” sambil menyatakan bahawa briged Saraya al-Quds mengimbangi dari masa ke masa untuk apa yang digunakan dalam pertempuran itu.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia