Sinergi Kesufian dan Haraki Lawan Takfiri Moden

Sinergi Kesufian dan Haraki Lawan Takfiri Moden | IKRAM

Gelombang takfiri persis Abdul Rahman bin Muljam moden yang menyerang masyarakat akhir-akhir ini sangat mencemaskan sebahagian besar warganegara yang begitu cintakan negara dan menolak segala bentuk ekstremisme baik bangsa dan agama untuk mengambil tempat di negara ini.

Kefahaman takfiri moden ini lahir akibat daripada ketaasuban dan pemikiran politik sempit yang menular hasil daripada kerakusan sesetengah ahli politik yang ingin berkuasa demi menutup segala kebrobokan yang telah dilakukan sebelum ini.

Melihat pada pentingnya untuk memastikan takfiri moden ini daripada terus menular, kita haruslah mencari penyelesaian yang tuntas dan berkesan.

Apabila kita mengambil ibrah daripada kisah sahabat yang juga mengalami gelombang takfiri yang dahsyat sehingga terbunuhnya Saidina Ali r.a, cara ampuh untuk melawan gelombang takfiri moden adalah mencari titik keseimbangan antara kesufian dan harakiah Islamiah.

Malaysia mempunyai sejarah pengajian pondok yang panjang dan juga gemilang, begitu banyak tokoh dan kitab terukir di sepanjang sejarah pengajian pondok di Nusantara.

Negara kita juga tidak terlepas daripada pengaruh harakah Islamiah yang lahir daripada inspirasi dan juga gerak kerja Ikhwan Muslimin yang merumuskan gerak kerja harakiah yang begitu tersusun.

Namun begitu, Malaysia adalah sebuah negara yang unik, orang Melayu Islam mempunyai pemikiran sosioagama yang begitu unik untuk ditangani.

Justeru itu, bagi melawan gerakan takfiri moden ini, titik keseimbangan antara kesufian Nusantara dan juga harakiah Islamiah itu harus dicapai dan diasimilasikan antara kedua-duanya.

Kedua-dua pemikiran ini apabila dipadu dan disinergikan, ia akan menjadi satu senjata yang ampuh melawan takfiri moden, bahkan menjadi instrumen dakwah yang berkesan terutama terhadap masyarakat bukan Islam di negara ini.

Asimilasi ini juga dapat mengeluarkan dan menghapuskan segala fahaman tahyul dan khurafat yang berakar umbi dalam masyarakat. Salah satu pintu yang menyebabkan takfiri moden menular adalah pemikiran orang Melayu yang masih dibelenggu dengan tahyul dan khurafat.

Semua anggota masyarakat daripada segenap lapisan masyarakat yang telah bersama dalam dua aliran ini harus bangkit dan bekerjasama bagi melawan takfiri moden yang sangat merosakkan ini.

Ahmad Nadhir Yob
Setiausaha Pertubuhan Pendidikan Intelek Warga Terengganu (Intelek Terengganu)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia