Sesi Persekolahan Kembali Bermula Januari Pada 2026

Sesi Persekolahan Kembali Bermula Januari Pada 2026 | IKRAM

KUALA LUMPUR – Sesi persekolahan akan kembali dimulakan pada Januari bermula 2026, umum Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. 

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) juga merancang untuk diawalkan permulaan kalendar akademik sesi 2024/2025 kepada Februari 2025.

“KPM telah meneliti cadangan untuk mengembalikan semula kalendar akademik persekolahan bermula pada Januari seperti sebelum ini…berharap dengan pengumuman ini, aspek kewangan dan ekonomi dapat dirancang mulai sekarang oleh semua pihak yang terlibat.”

“Secara tidak langsung perancangan cuti keluarga, kenduri-kendara dan cuti guru seperti yang telah diumumkan dalam 10 prakasa sempena sambutan Hari Guru dapat diatur berdasarkan kalendar akademik persekolahan ini yang akan diwartakan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau menjawab soalan Aminolhuda Hasssan (PH-Sri Gading) yang ingin tahu bilakah sesi akademik persekolahan dapat dimulakan pada Januari seperti lazimnya sebelum penularan Covid-19.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, pihaknya sedang melihat kepada keperluan dan kesesuaian penyediaan kalendar akademik persekolahan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum dan memenuhi jumlah 190 hari persekolahan yang diperlukan dalam setahun.

“KPM juga telah melakukan penjajaran kepada jadual peperiksaan awam supaya ia selari dengan perubahan kalendar akademik persekolahan,” katanya. 

Menurutnya, sebarang perubahan kepada kalendar akademik persekolahan perlu mengambil kira faktor ekonomi setempat, kejadian banjir pada hujung tahun selain memastikan ia tidak mengganggu jadual peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). 

Sumber: Bernama

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia