Serangan Bersenjata di Gereja Nigeria, 50 Maut

Serangan Bersenjata di Gereja Nigeria, 50 Maut | IKRAM

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bersenjata ke atas Gereja Katolik St. Francis di Ondo, barat daya Nigeria pada Isnin yang meragut sekurang-kurangnya 50 nyawa.

“Malaysia berharap pihak yang bertanggungjawab atas perbuatan keji ini dibawa ke muka pengadilan,” kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan serta rakyat Nigeria.

“Takziah buat keluarga dan mangsa yang terlibat dalam serangan itu.”

Kerajaan dan rakyat Malaysia menyatakan simpati dan ucapan takziah yang tulus kepada kerajaan dan rakyat Nigeria kepada keluarga mangsa, mendoakan pemulihan segera untuk semua yang tercedera.

Malaysia turut bersolidariti terhadap Nigeria dalam menghadapi segala bentuk keganasan dan penindasan terhadap sesiapa pun.

Serangan Bersenjata

Serangan itu berlaku pada Ahad semasa aktiviti pagi di Gereja Katolik St. Francis, barat daya Nigeria yang secara relatifnya tidak disentuh oleh serangan kumpulan penjenayah yang aktif di bahagian lain negara itu.

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan itu yang motifnya masih belum diketahui. Sementara itu, Presiden Muhammadu Buhari mengutuk ‘jenayah keji membunuh jemaah di gereja.’

“Saya menggesa pasukan keselamatan untuk mencari penyerang berikutan serangan terang-terangan dan berniat jahat ini,” kata Gabenor Negeri Ondo, Olwarotimi Akridulu menyatakan dalam kenyataannya.

Bahan Letupan

Menurut jurucakap polis negeri Iboken Odonlami, gereja itu diserang dengan senjata api dan bahan letupan.

“Masih terlalu awal untuk menentukan jumlah kematian. Tetapi ramai yang meninggal dunia dan yang lain cedera dalam serangan itu.”

Seorang saksi yang hanya memberikan nama pertamanya, Abayomi memberitahu Media AFP bahawa sekurang-kurangnya 50 ahli terbunuh dalam serangan itu.

“Saya sedang melalui kawasan kejiranan apabila terdengar bunyi letupan kuat dan bunyi tembakan di dalam gereja,” katanya.

Abayomi menambah bahawa dirinya melihat sekurang-kurangnya lima lelaki bersenjata di dalam gereja sebelum melarikan diri untuk bersembunyi.

Pope Kesal

Berikutan itu, Pope Francis menyatakan kesedihannya atas kematian berpuluh-puluh penganut Kristian di Gereja Katolik ini, menekankan bahawa dia berdoa untuk mangsa.

“Paus mengetahui tentang serangan ke atas Gereja Ondo di Nigeria dan pembunuhan berpuluh-puluh orang termasuk ramai kanak-kanak, semasa Pentakosta,” kata pegawai media Vatican dalam satu kenyataannya.

Tentera Nigeria dikerahkan di beberapa bahagian dalam usaha untuk menamatkan ketidakamanan tersebut.

Timur laut Nigeria telah menyaksikan pemberontakan selama 12 tahun, manakala barat laut dan tengahnya tertakluk kepada intimidasi oleh kumpulan rompakan serta penculikan dengan kemunculan gerakan pemisah di tenggara.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia