‘Sayangi Bumi Allah’ ceriakan kawasan sekolah

Meskipun hujan renyai-renyai turun membasahi bumi, program ini tetap diteruskan dengan pembahagian 10 kumpulan peserta yang terdiri daripada pelajar prasekolah yang akan menyemai dan menanam pokok di tempat yang ditetapkan. 

Peserta kemudiannya mendengar tazkirah pendek tentang peranan khalifah Allah untuk menjaga alam, menghijaukan bumi dan melestarikan alam. Selesai peserta bersarapan dengan dulang beramai-ramai, aktiviti berikutnya adalah penerangan membuat baja roti yang semudah ABC di mana sekeping roti yang dimasukkan ke dalam air 1.5 liter dan disimpan tiga hingga tujuh hari sebelum boleh digunakan.

    

Aktiviti berikutnya, peserta dibawa ke belakang sekolah untuk mendengar taklimat tentang bagaimana mencampurkan tanah sebelum semaian boleh dibuat. Tanah yang dicampurkan dengan beberapa komponen lain ini, kemudiannya dimasukkan ke dalam polibeg dan dicucuk batang pokok semaian di mana dalam tempoh satu hingga dua bulan lagi, ia akan dipindahkan ke tanah.

Di samping itu, para peserta juga menggali lubang untuk menanam beberapa jenis pokok yang telah disumbangkan oleh para dermawan untuk menceriakan kawasan sekolah.Melalui program ini, para peserta cilik telah belajar dan melakukan sendiri aktiviti menanam.

Semoga aktiviti kesukarelawanan alam sekitar sebegini dapat dipupuk dari awal supaya anak-anak mampu menjadi peribadi yang bermanfaat pada masa hadapan, insyaa-Allah.

Album program: http://on.fb.me/1onqxYr

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia