Sambut baik RUU Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak

“Pembentangan cadangan Rang Undang-Undang ini sangat tepat pada masanya di kala semakin banyak kes-kes kesalahan seksual yang serius dilaporkan berlaku melibatkan kanak-kanak di seluruh Malaysia,” kata Hajah Susilawati Hamzah, Ketua Wanita IKRAM WPKL dalam satu kenyataan media.

Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan sebanyak 5,779 kes penderaan seksual kanak-kanak telah direkodkan dari 2010-2015 dengan purata kes sebanyak 963 setahun.

“Jenayah yang dilakukan ke atas kanak-kanak adalah suatu jenayah yang berat dan boleh mendatangkan kesan jangka panjang yang buruk.

“Ianya boleh mengakibatkan trauma dan kerencatan perkembangan mental yang sihat bukan sahaja kepada kanak-kanak dan keluarganya malah turut memberi kesan kepada seluruh masyarakat,” jelas beliau.

Tambah Susilawati, Wanita IKRAM WPKL amat bersetuju dengan tambahan peruntukan kesalahan-kesalahan dalam RUU ini bagi menyokong undang-undang sedia ada, termasuklah kesalahan yang berhubung dengan bahan pornografi kanak-kanak, aktiviti pengantunan kanak-kanak (child grooming), amang seksual (sexual assault) berbentuk fizikal dan bukan fizikal, hukuman terhadap penjaga amanah yang mempunyai hubungan kepercayaan dengan kanak-kanak samada terlibat atau bersubahat dan peruntukan terhadap kebolehpercayaan keterangan saksi kanak-kanak.

Menurut beliau, dalam usaha membantu pelaksanaan dan aplikasi undang-undang yang lebih berkesan, hukuman yang lebih berat perlu dikenakan kepada pesalahlaku seksual.

Oleh itu, Wanita IKRAM WPKL turut menyarankan beberapa penambahbaikan dibuat dalam RUU ini iaitu:

1. Menambah hukuman minimum sebatan dan denda kepada bilangan dan jumlah yang lebih besar lagi, sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada yang dicadangkan.

2. Memperuntukkan akta bagi mengharamkan laman sesawang pornografi melibatkan kanak-kanak.

3. Mengheret pembina laman sesawang pornografi kanak-kanak ke muka pengadilan dan mengenakan hukuman berat bagi memastikan masalah ini ditangani daripada akar umbi.

4. Mewujudkan daftar nama bagi pesalah seks yang telah disabit kesalahan untuk dirujuk oleh badan dan institusi berkepentingan yang terlibat dalam penjagaan kanak-kanak seperti taska, tadika dan sekolah bagi memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin.

“Wanita IKRAM WPKL yakin, dengan penambahbaikan pembentangan yang telah dibuat beserta sokongan padu semua pihak, RUU ini akan menatijahkan impak besar dalam usaha meningkatkan lagi tahap perlindungan kanak-kanak daripada penjenayah seksual, sekaligus dapat mengukuhkan kembali institusi sosial dalam masyarakat,” ujar Susilawati.

Lagi info: FB Wanita WPKL

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia