Ribut di Gaza: Bantuan segera diperlukan

Ribut tersebut turut mengakibatkan beberapa terowong tertimbus yang menyebabkan syahidnya tujuh tentera al-Qassam pada minggu lalu. 

Jabatan Meteorologi Palestin turut melaporkan bahawa musim sejuk 2015/2016 merupakan musim sejuk yang paling teruk semenjak 2003 berdasarkan taburan hujan adalah 150% berbanding musim sejuk pada tahun-tahun sebelumnya.

Keadaan ini diterukkan lagi dengan kepungan dan tekanan yang dikenakan oleh Israel terhadap Semenanjung Gaza di mana bahan-bahan binaan bagi membaiki rumah-rumah dan pembinaan rumah-rumah baru dihalang kemasukannya menyebabkan sangat sedikit rumah-rumah dapat dibaik pulih semenjak serangan Israel pada 2014.

Israel pada masa yang sama melambat-lambatkan proses kemasukkan bahan-bahan pembinaan. Akibatnya, keluarga yang tinggal di dalam rumah yang tidak sempurna ini tidak terlindung dari angin sejuk dan terkesan apabila hujan turun dengan lebat.

Setakat ini tiada kematian dilaporkan akibat ribut di Gaza melainkan hanya 19 kecederaan. Pihak berkuasa juga mengeluarkan amaran berjaga-jaga berikutan kedatangan gelombang ribut yang dijangkakan lebih teruk daripada kebiasaan dan banjir yang lebih teruk yang bakal berlaku. Penduduk Gaza juga diberi jangkaan awal bahawa tanaman mereka akan rosak akibat musim sejuk dan ribut ini.

Maka dengan ini, Aqsa Syarif dengan dibantu oleh tiga orang staf di Gaza akan mengedarkan bantuan berupa gulungan nilon bagi melindungi rumah yang rosak. Bantuan tambahan tersebut dianggarkan berjumlah RM75,000 berupa gulungan nilon untuk menutup tingkap, atap dan pintu rumah mereka.

Aqsa Syarif-MyCARE mengalu-alukan sumbangan daripada para penyumbang. Hulurkan sumbangan anda sekarang atas nama Humanitarian Care Malaysia Berhad ke akaun-akaun berikut:

1) Maybank Islamic: 551575-004299
2) Bank Islam: 1209-20100-34904
3) CIMB: 8602-135-592

E-melkan slip/bukti sumbangan ke aqsasyarif@mycare.org.my atau Whatsapp/Telegram ke 019-6551948. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi MyCARE HQ: 03-8941 2341 (Puan Raihanah).

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia