Ramadan: Masihkah kita ada?

Aura bulan puasa terasa semakin dekat dan inilah yang dinanti-nanti oleh seluruh umat Islam di pelbagai belahan bumi. Bazar Ramadan beserta kuih-muihnya bakal menghiasi pemandangan sehari-hari kita.

 

Namun bukan itu sepatutnya yang kita tunggu-tunggu dan raikan tetapi amal kebaikan yang harus kita tingkatkan pada bulan istimewa tersebut.

 

Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa yang berpuasa Ramadan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredaan-Nya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lalu.” (HR. Bukhari dan Muslim)

 

Hendaklah kita berharap dan berdoa kepada Allah semoga kita dipertemukan dengan bulan Ramadan kali ini walaupun waktunya semakin menghampiri, namun betapa banyak mereka yang telah meninggal dunia sebelum tibanya bulan yang mulia ini.

 

Mereka yang telah pun dipanggil Ilahi terlebih dahulu mungkin sama seperti kita keadaannya iaitu menanti-nanti kedatangan bulan Ramadan, akan tetapi Allah berkehendak lain untuk mereka dan Dia adalah sebaik-baik perancang.

 

Semua itu merupakan tanda peringatan daripada Allah bahawa setiap amal kebaikan jangan ditunda-tunda. Jangan menunggu hanya ketika bulan Ramadan sahaja baru mahu beramal sedangkan tiada siapa yang dapat menjamin masihkah kita ada pada bulan puasa nanti?

 

Bagi mereka yang telah dipilih Allah dapat menikmati beramal pada bulan Ramadan, banyakkanlah bersyukur. Tidak semua orang dapat meraihnya. Jauhilah perkara-perkara yang tidak bermanfaat, tingkatkan ibadah, elakkan pembaziran dalam berbuka puasa.

 

Jika kita mempunyai rezeki lebih, apa salahnya dikongsikan kepada orang lain, sebagai contoh memberi makan kepada anak-anak yatim, orang miskin, warga emas, warga OKU, ibu tunggal dan yang semisal dengan mereka. 

 

Berbuka puasalah dengan seadanya, sekadar dapat mengisi perut untuk melakukan aktiviti dan ibadah kepada Allah. Usah berlebih-lebihan dalam makan dan minum. Sungguh perbuatan demikian tidak disukai oleh Allah.

 

“Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” (Surah Al-A’raf ayat 31)

 

Selain itu, makan dan minum berlebihan juga dapat mengakibatkan pelbagai masalah dalam tubuh badan kita sehingga menganggu aktiviti seharian.

 

Saya mengajak kepada seluruh umat Islam, mari kita jadikan puasa kita berkualiti dan mudahan-mudahan segala amal ibadah kita diterima oleh Allah Azzawajalla dan beroleh darjat takwa di sisi-Nya.

 

Meirose

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia