Qunut Nazilah Kepada Sesama Muslim Berpotensi Cetus Ekstremisme

Qunut Nazilah Kepada Sesama Muslim Berpotensi Cetus Ekstremisme

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) mengambil berat isu bacaan qunut nazilah di Dewan Rakyat baru-baru ini, selepas seorang Ahli Parlimen digantung enam bulan kerana mendedahkan surat layang yang menghina pegawai kerajaan.

Surat tersebut mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), yang tidak dapat dipastikan identiti pengadu dan kesahihannya.

HIKAM menzahirkan kebimbangan bahawa bacaan qunut nazilah yang ditujukan sesama Muslim di Dewan Rakyat berpotensi mencetuskan gejala ekstremisme dalam berpolitik dan menyemarakkan sikap melampau oleh sesetengah masyarakat.

HIKAM berpandangan isu qunut nazilah ini telah mengalih perhatian kepada isu sebenar yang lebih kritikal iaitu isu pendedahan surat layang yang telah melanggar beberapa peraturan perbahasan dalam Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Seseorang Ahli Parlimen sepatutnya memelihara integriti diri dan menjadi contoh yang baik kepada masyarakat dengan tidak mendedahkan isi surat layang di Dewan Rakyat, yang jelas tidak mempunyai sumber yang sahih.

Kepercayaan kepada sumber yang tidak sahih tanpa diselidiki boleh menimbulkan fitnah dan tuduhan dusta kepada pihak yang ditujukan serta mengganggu-gugat keharmonian masyarakat. Ingatlah peringatan Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Al-Hujurat: 6)

Oleh itu, HIKAM menyeru kepada Ahli-ahli Parlimen agar mengamalkan sifat kepimpinan yang kompeten, berwibawa dan berintegriti demi memastikan kemakmuran dan keharmonian negara terus terpelihara.

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM)
1. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
2. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
3. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
4. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)

Sekretariat Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM)
Azizuddin Ahmad
Setiausaha Agung
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

Shahrul Aman Mohd Saari
Setiausaha Agung
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

Muhammad Aliemran Norasid
Setiausaha Agung
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Mohd Sabbri Md Yudin
Setiausaha Agung
Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia