Perpindahan ini berdasarkan perkembangan terbaru di Pusat Pendidikan Al-Hidayah, Ipoh yang dijangka menyediakan persekitaran yang lebih mantap dan kondusif untuk pembelajaran STAM. PSI Ipoh adalah di bawah tanggungjawab terus JK Pendidikan IKRAM.
Sesi persekolahan 2013 akan bermula pada 2 Januari 2013. Di samping itu, untuk pelajar-pelajar lepasan PSI 2012, satu program pemantapan Bahasa Arab akan diadakan mulai 14 Januari 2013.
Ibu bapa yang memerlukan maklumat lanjut dan berhajat untuk mendaftarkan anak-anak mereka untuk sesi baru 2013 atau untuk mengikuti Program Pemantapan Bahasa Arab dijemput menghubungi Pusat Pendidikan Al-Hidayah (Tn. Hj Mat Noh 012-5221932 Ustaz Shamsuddin 017-2562706, Pejabat: 05-3111151).
Jawatankuasa Pendidikan juga merakamkan setinggi terima kasih dan penghargaan kepada Pengerusi Lembaga, Ahli Lembaga dan petugas-petugas sepenuh dan separuh masa yang telah berkorban masa dan tenaga untuk operasi PSI di Kajang.
Sekian.
Prof. Dr. Omar bin Yaakob
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan
Pertubuhan IKRAM Malaysia.
10 Disember 2012